• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKMM Beri Tumpuan Kembangkan Karya Anak Seni Tempatan

oleh
21/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memberikan keutamaan kepada karya anak seni tempatan dalam usaha mengembang dan memartabatkan industri seni tanah air.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata pihaknya akan melihat pendekatan yang boleh diambil bagi memberi ruang kepada anak seni tempatan menonjolkan bakat masing-masing.

“Kita nak menarik bakat yang sedia ada, nak beri peluang kepada mereka (anak seni tempatan) supaya bakat mereka dapat dibawa ke depan, bukan hanya di Malaysia malah di seluruh dunia dapat melihat bakat itu.

“Saya telah jumpa banyak persatuan. Satu perkara yang diberitahu kepada saya ialah tiada usaha yang cukup untuk kita angkat bakat-bakat sedia ada. Saya rasa kita kena lihat kembali konsep Malaysian. Itu adalah penting,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program ISAI.MY di Wisma Radio, Angkasapuri hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik Jabatan Penyiaran Abdul Muis Shefii.

Gobind Singh berkata program ISAI.MY yang akan disiarkan di radio Minnal FM bermula 2 Sept ini akan memberi peluang kepada karyawan tempatan khususnya anak seni yang membangunkan industri muzik Tamil untuk menonjolkan bakat.

“Saya harap program ini menjadi titik permulaan untuk kita memartabatkan karyawan tempatan yang mana program ini hanya akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencipta nama dan sekaligus memartabatkan industri seni tanah air… diharapkan lebih banyak program sebegini selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Muis berkata program ISAI.MY merupakan penjenamaan semula program Kalapaddam yang telah diterbitkan sejak awal 60-an hingga 2013.

“Program yang akan disiarkan pada 11.30 pagi, setiap Ahad ini akan mengetengahkan konsep penampilan bakat-bakat tempatan sepenuhnya yang mana pendengar juga boleh menyaksikan program ini melalui saluran YouTube Minnal FM dan akaun media sosial,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

26/04/2026
0

PUCHONG - Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mendakwa lebih 5,000 orang menghadiri program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP Bandar...

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menyeru seluruh ahli dan penyokong parti itu untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd