• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Intai Tiga Mata Berdepan Kyrgyzstan

oleh
14/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee menyasarkan kemenangan apabila turun berdepan Republik Kyrgyzstan dalam aksi sulung Kumpulan E pada Sukan Asia 2018 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia, esok.

Pengendali berusia 47 tahun itu mengakui pasukan Asia Tengah itu mempunyai corak permainan hampir serupa dengan Uzbekistan dan menjangkakan perlawanan sengit bakal disajikan kedua-dua pasukan.

“Kita akan menurunkan barisan terbaik memandangkan perlawanan ini agak penting dan tiada istilah kita mengambil mudah. Kesemua perlawanan di sini amat penting bagi saya,” kata Kim Swee selepas sesi latihan skuad B-23 negara di Indonesia, hari ini.

Audio temu bual berkenaan turut diperoleh Bernama daripada pegawai media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kim Swee, bagaimanapun mengingatkan pemainnya supaya tidak memandang rendah kekuatan pasukan lawan yang semestinya turut mengidamkan mengutip tiga mata pada aksi sulung Kumpulan E itu.

Selepas aksi berdepan Kyrgyzstan, Malaysia akan ​​​​​​bertemu Korea Selatan pada 17 Ogos di venue yang sama sebelum menamatkan aksi pusingan awal menentang Bahrain di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang pada 20 Ogos.

Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan terbaik setiap enam kumpulan serta empat pasukan di tempat ketiga kumpulan terbaik, layak ke pusingan kedua kalah mati yang dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Ogos.

Peringkat suku akhir akan berlangsung pada 27 Ogos diikuti separuh akhir pada 29 Ogos, manakala aksi final pada 1 Sept. – BERNAMA

Tags: Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd