• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kim Swee Akui Jurang Malaysia Dan Jepun Kecil

oleh
25/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKASI — Pengendali skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui Jepun adalah pasukan yang lebih baik pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang yang berlangsung di Stadium Patriot Chandra di sini, malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukannya hanya tidak bernasib baik selepas menampilkan disiplin tinggi ketika bertahan untuk menyerap segala serangan ‘Samurai Biru’ selain berpeluang mencemaskan gawang gol lawan menerusi beberapa gerakan menarik.

“Sebelum perlawanan, kami tahu Jepun adalah pasukan yang kuat dan memiliki banyak pilihan untuk melakukan serangan. Corak permainan mereka berbeza semasa menentang Vietnam berbanding dengan Malaysia.

“Walaupun kami mampu bertahan sehingga minit ke-87 namum mereka tidak mengalah.

“Kami dihukum kerana gagal melakukan penyudah dan malang tidak dapat bertahan sehingga waktu tambahan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu malam ini.

Jepun menang tipis ke atas Malaysia 1-0 dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan sepakan penalti pemain gantian, Ayase Ueda pada minit ke-88 menjadi pemusnah impian negara untuk mara ke peringakat suku akhir.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata hanya sedikit perbezaan memisahkan antara anak buahnya dengan skuad kendalian ketua jurulatih, Hajime Moriyasu.

“Mereka lebih hebat tetapi kami tetap memberi saingan sengit dan akhirnya tahap kami tidak begitu jauh dalam perlawanan peringkat umur. Kita perlu berusaha lebih gigih,” katanya.

Terdahulu, Malaysia mara ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan E selepas meraih dua kemenangan termasuk mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1 dalam aksi kedua kumpulan sebelum tewas 2-3 kepada Bahrain dalam perlawanan terakhir. — BERNAMA

Tags: Ong Kim Swee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kim Swee Sah Ketua Unit Pembangunan Belia FAM

21/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee sah kembali ke Persatuan...

“Mereka Banyak Bercakap, Inginkan Publisiti” – Kim Swee

06/12/2019
0

SEPANG - Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee tidak senang dengan andaian ditimbulkan sesetengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd