• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Sarung Tangan Hampir Musnah Terbakar

oleh Cj Mnh
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang membuat sarung tangan hampir musnah selepas terlibat dalam kebakaran di Taman Perindustrian Putra, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.50 petang dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dihantar ke tempat kejadian.

“Sebanyak 51 anggota dari lima BBP terlibat dalam operasi memadam api yang hanya dapat dikawal pada pukul 8.17 malam tadi.

“Kebakaran hanya melibatkan 30 peratus bahagian kilang di tingkat satu dan tiga yang merupakan tempat memproses, pejabat serta stor premis itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohd. Rizal, kilang berkenaan beroperasi 24 jam dan ketika kejadian, sebanyak 75 pekerja berada di dalam premis tersebut, namun kesemuanya berjaya menyelamatkan diri.

Tambahnya, api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 10.35 malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tags: kilang sarung tanganTerbakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

Hutan Paya Gelam, Pagoh Seluas 54 Hektar Pula Terbakar

08/02/2026
0

MUAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) mengesan satu lagi kebakaran semalam membabitkan kawasan hutan Paya Gelam, Mukim Jorak, Pagoh seluas...

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

12 Pekerja Melecur, Dandang Kilang Meletup

26/07/2025
0

Bintulu: Seramai 12 pekerja cedera dengan kesan melecur pada badan dan tangan masing-masing akibat disambar api ketika berusaha memadam kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd