• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khemah Mina Berlantai Jubin Seramik

oleh Ahmad Albab
07/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Selepas pendingin hawa untuk khemah di Arafah, satu lagi berita baik untuk jemaah haji Malaysia apabila khemah di Mina buat pertama kali tahun ini dipasang dengan lantai jubin seramik.

Penambahbaikan terbaru, khusus untuk jemaah haji Malaysia itu, dimaklumkan ketika lawatan petugas Tabung Haji (TH) ke tapak operasi Masyair diketuai Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Syed Saleh berkata, pemasangan seramik bakal menambah keselesaan kepada jemaah kerana sebelum ini lantai khemah di Mina hanya dihampar permaidani di atas tanah yang sebahagiannya berbatu dan tidak rata.

Menurutnya, wakil Muassasah Asia Tenggara yang turut hadir pada lawatan itu memberitahu persiapan di tiga tapak Masyair iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina dijangka siap sepenuhnya satu minggu lagi. Tarikh wukuf dijangka pada 20 Ogos depan.

“Tempoh seminggu lagi (untuk siap) itu satu tempoh yang selesa. Ini menunjukkan persiapan tahun ini adalah lebih awal daripada tahun-tahun sebelum ini. Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan,” katanya.

Syed Saleh berkata, semua kemudahan baru tahun ini iaitu program prapelepasan pemeriksaan imigresen, pemasangan pendingin hawa untuk khemah di Arafah dan lantai seramik dalam khemah di Mina, tanda pengiktirafan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah haji Malaysia.

Arafah adalah hamparan padang pasir seluas 104 kilometer persegi terletak kira-kira 20 kilometer dari kota Makkah.

Wukuf di Arafah adalah kemuncak kepada ibadat haji yang menuntut kesabaran tinggi berikutan cuaca panas mencecah 50 darjah Celsius.

Selepas Arafah, jemaah akan bergerak dan singgah sebentar di Muzdalifah sebelum terus ke Mina di mana mereka perlu berada di khemah selama tiga malam bagi menyempurnakan ibadat melontar di tiga Jamrah, bermula 10 Zulhijah.

Di sebalik segala pembaharuan dan penambahbaikan, Syed Saleh tetap meminta jemaah haji Malaysia bersedia untuk menghadapi keadaan kurang selesa, terutama di Mina.

“Peruntukan ruang khemah di Mina untuk seorang jemaah haji cuma 0.85 meter persegi. Saiz itu kecil…nak tidur terlentang pun tak muat, kena mengiring.

“Sebab itu kita nasihatkan jemaah bawa hanya beg beroda yang dibekalkan TH untuk isi pakaian. Jangan bawa lebih daripada satu beg,” katanya.

Keseluruhannya, 1,700 hingga 1,800 petak berukuran kira-kira 15.5 meter persegi setiap satu diperuntukkan untuk rombongan haji Malaysia termasuk untuk jemaah, klinik, pejabat pentadbiran dan ruang dapur. – BH ONLINE

Tags: Arab Saudijemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd