• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketum: Polis Padang Besar Serbu 5 Lokasi, 6 Ditahan

oleh Cj Mnh
03/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Polis menahan enam lelaki tempatan dan merampas lebih 414 liter air ketum bernilai RM2,000 dalam lima serbuan di daerah ini pada Selasa dan Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Muhamad Halim Yatim berkata turut dirampas 38 kilogram (kg) daun ketum dan 19.9 liter cecair ubat batuk.

Katanya dalam serbuan kira-kira 11 pagi Selasa, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Guar Musang, Panggas ketika sedang leka memproses air ketum.

“Polis menemukan sebahagian air ketum di dalam periuk dan 52 bungkusan dalam plastik serta 26kg daun ketum dalam serbuan itu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya lima lagi lelaki ditahan dalam serbuan pada Rabu antara 3.30 petang hingga 6.30 petang di Kampung Tersusun, Kampung Titi Tapang, Kampung Kolam dan Batu 20 di sini.

Muhamad Halim berkata enam suspek itu berumur 25 hingga 45 tahun disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata siasatan mendapati air ketum tersebut dijual mengikut saiz diminta pelanggan berharga antara RM5 dan RM10 sebungkus.

“Dianggarkan suspek mengaut keuntungan lumayan sebanyak RM500 sehari hasil jualan air ketum yang dicampurkan dengan ubat batuk,” katanya.

Dalam perkembangan lain, katanya dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini, pihak polis merampas kira-kira 34 tan daun ketum dan 830 liter air ketum serta menahan 104 orang.

Katanya nilai rampasan mencecah RM1.3 juta termasuk nilai kenderaan digunakan dalam jenayah berkaitan ketum. – BERNAMA

Tags: Daun Ketumpadang besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

Ganja RM180,000 Ditinggalkan Di Sempadan Padang Besar

17/07/2025
0

PADANG BESAR – Cubaan menyeludup dadah bernilai ratusan ribu ringgit dari negara jiran berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dalam satu operasi...

Objek Meletup Berhampiran Kawasan Sekolah Di Padang Besar

Objek Meletup Berhampiran Kawasan Sekolah Di Padang Besar

16/08/2023
0

PADANG BESAR : Satu objek dipercayai bahan letupan ditemukan di hadapan sebuah sekolah di sini hari ini. (Ada rancangan nak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd