• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes ‘Equanimity’: Peguam Negara Pertahan Pelantikan Peguam

oleh Ahmad Albab
09/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam Negara Tommy Thomas hari ini mempertahankan keputusannya melantik seorang peguam daripada bekas firma guamannya untuk mewakili Kerajaan Malaysia dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam tuntutan ke atas kapal layar mewah Equanimity.

Menyatakan Sitpah Selvaratnam mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam undang-undang perkapalan, beliau berkata dalam kenyataan media bahawa keputusan untuk melantik Sitpah “adalah keputusannya dan dibuatnya sendirian, kerana beliau menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap kebolehan dan integritinya”.

“Selvaratnam … tidak akan dibayar sebarang fi. Perkhidmatannya diberikan kepada kami tanpa sebarang caj ke atas pembayar cukai,” kata Thomas memberi penjelasan terhadap laporan media kenapa beliau melantik seorang peguam daripada bekas firma guamannya pada 6 Ogos untuk mewakili Malaysia dan 1MDB dalam kes kapal layar mewah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpu.

“Hujung minggu lepas, Selvaratnam dan Jeremy Joseph didatangi oleh pihak-pihak asing untuk mewakili mereka dalam perkara ini, dan mereka menolaknya.

“Ujian sebenar terhadap pengalaman dan kepakaran Selvaratnam akan terserlah jika, dan bila, Jho Low atau mana-mana pihak lain memohon untuk mengetepikan waran tangkap. Hujahan yang dikemukakan oleh semua pihak pada masa itu pastinya padat apabila Mahkamah mendengar perkara itu atas meritnya, dan adalah kritikal untuk Malaysia mempunyai peguam terbaik. Litigasi adalah perkara yang dinamik; sukar diramal di dalam mahkamah, dan kes Malaysia perlu berada dalam tangan yang selamat,” katanya.

Thomas berkata apabila beliau dimaklumkan kira-kira dua minggu lepas bahawa terdapat kemungkinan kapal layar mewah Equanimity akan diserahkan oleh Indonesia kepada Malaysia, penyelidikan perlu dilakukan segera untuk menentukan bidang kuasa Malaysia ke atas kapal itu apabila ia tiba di perairan Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan asas efektif dalam melaksanakan bidang kuasa mahkamah adalah bidang kuasa admiralti atau undang-undang perkapalan.

“Perunding di bekas firma saya, Sitpah Selvaratnam, diakui adalah peneraju bagi Peguam Admiralti berhubung dengan perkara-perkara litigasi, pernah terlibat dalam banyak penahanan kapal dan kapal layar di Mahkamah kita, dan juga membantah penahanan dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang khusus itu.

Beliau juga ialah pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Perkapalan dan Admiralti, Majlis Peguam bagi banyak tahun dan juga presiden pengasas Persatuan Undang-Undang Maritim Malaysia. Beliau, dengan itu, sudah jelas adalah pilihan tepat untuk menasihatkan Dewan Perundangan dan saya sendiri dalam perkara ini,” katanya.

Thomas juga berkata berikutan transaksinya adalah rumit dan membabitkan pelbagai peringkat urusan korporat yang dilakukan oleh ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan penasihat-penasihat untuk menyembunyikan sumber sebenar dana digunakan untuk membeli kapal layar itu, mendraf kertas perundangan memerlukan kemahiran dan kepakaran dalam undang-undang perkapalan dan undang-undang korporat.

“Selain itu, bertindak sebagai peguam di hadapan Hakim Admiralti di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, penghujahan secara ‘ex parte’ boleh berlangsung hampir dua jam. Menyerahkan waran tangkap dengan syerif berada di atas kapal memerlukan pengalaman dan kepakaran oleh peguam-peguam yang sebenarnya melakukan penahanan admiralti.

“Perlu diingat bahawa Pihak Yang Menuntut dalam prosiding Mahkamah ini ialah Kerajaan Malaysia dan anak syarikat milik penuhnya 1MDB, bersama-sama dengan dua anak syarikat 1MDB,” katanya.

Thomas juga berkata Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai unit khas perkapalan.

“Sehubungan itu, saya memutuskan untuk merujuk kepada Majlis Peguam, dan memilih tiga peguam perkapalan terkemuka Malaysia, Selvaratnam, Jeremy Joseph dan Ong Chee Kwan, untuk mewakili Pihak Yang Menuntut, bersama-sama dengan Alice Loke, Peguam Kanan Persekutuan.

“Peguam cara yang direkodkan ialah firma Joseph, Joseph & Partners. Oleh kerana ini adalah litigasi yang rumit, dengan apa yang dipertaruhkan ialah tinggi iaitu RM1 bilion, firma guaman Joseph & Partners, Joseph dan Ong akan dibayar pada kadar komersial yang biasa. Selvaratnam pula tidak akan dibayar sebarang fi. Perkhidmatan diberikan beliau kepada kami adalah tanpa sebarang caj ke atas pembayar cukai,” kata Thomas.

Beliau berkata perlu diingat bahawa prosiding undang-undang ini dikemukakan demi manfaat Malaysia dan dengan itu, kami berhak mendapatkan khidmat peguam terbaik untuk Malaysia.

Thomas menegaskan tidak timbul persoalan konflik kepentingan kerana “kami semua di pihak yang sama”.

“Tidak sepatutnya ditimbulkan sama ada betul atau munasabah sehinggakan Malaysia dinafikan khidmat Selvaratnam hanya kerana saya pernah berada dalam firma sama dengan beliau yang menjadi perunding sejak lapan tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: EquanimityTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

Gesa Siasat Tommy Thomas Tulis Surat Mohon Maaf Kepada Kumpulan Sulu

15/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggesa kerajaan menyiasat tindakan mana-mana pihak yang mencetuskan ruang memanipulasi mekanisme...

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

‘Perbicaraan Adil Untuk Najib, RCI Ke Atas Thomas’

08/12/2022
0

Umno mesti kekal bertindak sebagai pendorong, semak dan imbang kepada kerajaan semasa tanpa kompromi, kata ahli Majlis Kerja Tertingginya Mohd...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd