• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Terbiar Dilupuskan Masa Sebulan Mulai 2019

oleh
27/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mulai tahun depan, kenderaan yang dilaporkan terbiar di kawasan perumahan akan dilupuskan dalam masa sebulan berbanding hampir setahun sebelum ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata Majlis Pengangkutan Negara akan merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung pelupusan berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Biro Pengaduan Awam pada mesyuarat majlis tersebut hari ini.

“SOP tersebut dijangka dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara pada November ini untuk digunapakai oleh PBT menjelang tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara di sini.

Menurut Loke, antara 2014 hingga 2017, sebanyak 15,019 kes kenderaan terbiar dicatatkan di lapan buah PBT termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Semakin ramai pemilik kenderaan membiarkan kereta usang mereka begitu sahaja sehingga jiran-jiran membuat aduan,” katanya, serta menambah turut dilaporkan kereta terbiar di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam.

Menurut Loke, PBT pada masa ini mengambil masa antara enam bulan dan setahun untuk menguruskan mana-mana kereta terbiar.

Ini termasuklah notis pengalihan selama sebulan, semakan dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia dan syarikat kewangan untuk mencari pemilik kenderaaan yang memakan masa dua hingga lapan bulan serta pemberitahuan kepada pemilik bahawa kenderaan mereka akan dilupuskan selama sebulan diikuti iklan selama sebulan lagi.

“Pihak PBT perlu mengambil kira ruang di depoh mereka sebelum membawa kenderaan terbiar dari taman perumahan ke depoh masing-masing. Jika depoh penuh, kenderaan tidak dapat ditarik. Tempoh yang lama ini disebabkan oleh garis panduan bagi pengurusan kenderaan terbiar tidak jelas pada masa ini,” katanya.

Menurut Loke, cadangan yang dikemukakan dalam mesyuarat hari ini ialah notis seminggu diletakkan sebelum kenderaan ditarik ke depoh dan dilupuskan, diikuti proses menyahdaftarkan kenderaan berkenaan oleh JPJ dalam masa tiga minggu, yang menjadikan SOP pengurusan kenderaan terbiar memakan masa hanya sebulan.

Beliau berkata SOP berkenaan juga akan memperjelaskan tempoh masa kereta yang ditinggalkan di satu-satu tempat yang boleh dianggap sebagai kenderaan terbiar.

“Jualan besi buruk dari kereta yang dilupuskan boleh memberi sedikit nilai kepada PBT,” katanya.

Loke berkata tindakan melupuskan kenderaan berkenaan dapat membendung masalah kereta terbiar diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasilkan kereta potong sekaligus menimbulkan masalah lain. – BERNAMA

Tags: kereta terbiar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lupus Kereta Terbiar Dalam 33 Hari Mulai Julai

06/03/2019
0

KERETA terbiar tidak lagi menjadi satu masalah yang dihadapi orang ramai apabila Garis Panduan Pengurusan Kereta Terbiar dilaksana Julai ini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd