• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan N.Sembilan Sumbang Sanitiser Kepada Sekolah

oleh
08/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan hari ini menyerahkan sumbangan sanitiser kepada lima buah sekolah yang mempunyai kelas prasekolah di sekitar daerah ini dalam usaha mencegah penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata sumbangan sanitiser itu akan diperluas ke sekolah-sekolah lain mengikut keperluan.

Pada masa sama beliau mahu semua pihak, khususnya yang mengendalikan pusat pendidikan awal kanak-kanak termasuk pusat asuhan, agar mengambil langkah serius dalam membendung penularan HFMD di negeri itu.

“Selain memastikan amalan asas kebersihan dikekalkan, mereka juga perlu melakukan pemeriksaan di pintu masuk premis bagi mengelakkan kanak-kanak yang dijangkiti HFMD dihantar ke situ oleh ibu bapa,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sanitiser terbabit kepada wakil sekolah di Wisma Negeri, di sini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Razali Ab Malik dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan.

Sementara itu, Veerapan berkata sebanyak empat buah premis di negeri itu masih ditutup akibat penularan HFMD.

Katanya empat premis yang kesemuanya di Seremban itu ialah Taska Permata Perpaduan Taman Temiang Jaya, Tadika Perpaduan Taman Bukit Kepayang, kelas prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban 2A dan prasekolah SK Taman Tuanku Jaafar.

“Sehingga semalam bilangan kes HFMD yang didaftarkan di negeri ini ialah sebanyak 130 kes iaitu 99 kes di daerah Seremban, Port Dickson (18 kes), Jelebu (7 kes), Jempol (3 kes), Kuala Pilah (2 kes) dan Rembau satu kes.

“Jumlah kumulatif kes HFMD yang didaftarkan di negeri ini sehingga semalam ialah sebanyak 1,995 kes berbanding 596 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMD
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Kesal Spekulasi Mia Sara Masuk Hospital

Next Post

KPDNHEP Mahu Jenama Tempatan Ke Peringkat Global

Related Posts

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

27/06/2022
0

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menurun sebanyak 189 kes atau 35.9...

Next Post

KPDNHEP Mahu Jenama Tempatan Ke Peringkat Global

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd