Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Nor Nabila Mahu Cerai,...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34,...

Penganggur Tidak Mengaku Salah...

MELAKA - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh...

‘Starbucks Uncle’ Selamba Lepak...

WARGA emas ini mendapat gelaran 'Starbucks Uncle' oleh netizen selepas dia dengan selamba...

Banjir Di Terengganu Hampir...

KUALA TERENGGANU - Cuaca baik sepanjang hari di Terengganu terus menyaksikan penurunan ketara...

Bapa Kesal Spekulasi Mia Sara Masuk Hospital

KUALA LUMPUR – Pelakon Mia Sara Nasuha, 13, dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.

Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh yang dihubungi BH Online berkata, jangkitan itu turut menyebabkan buah pinggang pelakon remaja terbabit membengkak.

“Ketika bangun Subuh, kelmarin, Mia mengadu sukar kencing menyebabkan perutnya sakit. Mia bagaimanapun, tetap ke sekolah seperti biasa.

“Namun, dia menghubungi saya pada tengah hari itu dan mengadu sakitnya belum hilang. Saya terus membawanya ke klinik, tetapi diminta doktor ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Doktor memaklumkan, Mia mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing menyebabkan buah pinggangnya turut membengkak. Selepas mendapat rawatan, Alhamdulillah keadaan kesihatan Mia bertambah baik,” katanya.

Tambah Ridhuan, masalah itu terjadi mungkin berpunca daripada tabiat Mia yang kurang minum air hingga menyebabkan tubuhnya mengalami dehidrasi.

Ridhuan bagaimanapun, lega apabila Mia tidak mempunyai penyakit serius lain dan dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.


Sementara itu, Ridhuan mengakui sedikit kesal apabila apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuat pelbagai spekulasi, termasuk kononnya Mia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.

“Saya tidak sangka ada pihak yang sanggup mereka-reka cerita tanpa usul periksa. Namun, saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Mia supaya cepat sembuh,” katanya.

Mia pernah membintangi filem, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah. – BH Online

Kategori