• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Guna Pendekatan Liberal Dalam Pelaksanaan SST

oleh
19/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan akan menggunakan pendekatan liberal dalam pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan peniaga dibenar membuat pengisytiharan sendiri bagi barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada cukai, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi menerapkan kepercayaan terhadap golongan peniaga sekali gus menangkis persepsi seolah-olah ada peniaga mahu lari daripada membayar cukai.

“Kita memberikan kepercayaan kepada peniaga, pembayar cukai dan mereka (peniaga) juga mesti percaya dengan kita ini kerana sebelum ini mungkin ada yang menggangap mereka (peniaga) seperti mahu lari daripada (membayar) cukai.

“Jadi kita memberi mereka peluang untuk mengisytiharkan barang dan perkhidmatan yang mereka percaya boleh dikecualikan daripada SST dan kami akan menerimanya. Tetapi pada masa yang sama kami akan menyiasat dan mengambil tindakan jika pernyataan yang diberikan mereka palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ‘A Date with Finance Minister’ anjuran Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) di sini, hari ini. Pada majlis itu Lim turut memberikan taklimat tentang SST.

Berhubung sama ada langkah itu boleh mendatangkan berisiko memandangkan amanah itu diberikan kepada peniaga, Lim berkata ia adalah sebahagian daripada proses membina kepercayaan pedagang terhadap kerajaan.

“Ia berdasarkan kepercayaan bersama, kita mengubah pendekatan dan mereka boleh menunjukkan bahawa mereka adalah pembayar cukai yang bertanggungjawab mengikut undang-undang,” katanya.

Pengenalan semula SST bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat, 7 Ogos lepas.

Lim dijangka membentangkan Rang Undang-Undang SST pada persidangan Dewan Negara esok.

Ketika ditanya berhubung cabaran bagi pelaksanaan SST berikutan Dewan Negara mempunyai ramai wakil daripada pembangkang yang mungkin tidak menyokongnya, Lim berkata beliau akan cuba menyakinkan mereka memandangkan SST amat penting untuk negara.

“Saya akan cuba yakinkan, ini adalah penting untuk negara supaya kita ada hasil yang cukup sekiranya tidak, negara kita akan menghadapi defisit yang agak teruk.Janganlah kerana kepentingan politik semata-mata kita buat perkara-perkara yang tidak memberi kepentingan kepada rakyat.

“Saya yakin (anggota) Dewan Negara sedar tentang peranan penting mereka dan akan buat keputusan yang bijak,” katanya yang akan menghadiri majlis makan malam bersama Anggota Dewan Negara malam ini. – BERNAMA

Tags: Lim Guan EngSST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd