• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Turun Harga Barang Sebelum Hapus BR1M

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran menurunkan harga barang terlebih dahulu sebelum menghapuskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup, kata Senator Dr Mohd Nor Manuty.

“Harga barang mesti diturunkan terlebih dahulu supaya mereka (rakyat) tidak sengsara kerana pendapatan yang sedikit dan mengalami kemiskinan yang berterusan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Anggota Dewan Negara itu mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.

Mohd Nor berkata dalam masa yang sama kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan terutamanya dalam kalangan penerima bantuan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Nor berkata beliau bersetuju dengan pendapat Perdana Menteri bahawa tidak selamanya rakyat perlu diberikan bantuan atau diistilahkan sebagai ‘tongkat’.

Katanya jika negara ingin mencapai status negara maju, kemiskinan harus dikurangkan namun rakyat tidak sepatutnya hanya berharap kepada bantuan kerajaan semata-mata. – BERNAMA

Tags: BR1MHarga Barang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

Harga Barang Terus Naik, MyCC Gagal Hapuskan Kartel

02/04/2024
2

KUALA LUMPUR : Harga barang dan keperluan asas terus-terusan naik sejak awal bulan Januari sehingga ke bulan Ramadan menunjukkan Suruhanjaya...

Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil

Kementerian Perdagangan Pastikan Harga Barang Stabil

13/09/2022
0

JAKARTA – Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan menyatakan bahawa kementeriannya akan memastikan harga barang keperluan asas kekal stabil dalam kalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd