• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pertahanan Jamin Kepentingan Pencarum LTAT Terpelihara

oleh
28/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan memberi jaminan kepentingan pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang terdiri daripada anggota tentera, tetap terpelihara dalam isu penamatan kontrak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)/Automated Awareness Safety System (AwAS) yang dikendalikan oleh LTAT.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Pertahanan berkata ini kerana kerajaan telah bersetuju agar perbincangan lanjut diadakan antara LTAT dan Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan serta Jabatan Peguam Negara.

Perbincangan berkenaan melibatkan isu-isu berbangkit susulan daripada keputusan penamatan kontrak itu meliputi aspek perundangan dan implikasi kewangan berdasarkan obligasi kontrak, demikian menurut kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, Kementerian Pertahanan mengambil maklum polemik dalam kalangan netizen berhubung kewajaran LTAT terlibat dalam AES/AwAS saranan agar siasatan terperinci dijalankan, demikian menurut kenyataan itu.

“Kementerian Pertahanan sentiasa terbuka terhadap sebarang siasatan oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan tadbir urus (governans) berkaitan pelaburan LTAT ini,” kata kenyataan itu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 14 Jan 2015 telah bersetuju agar LTAT mengambil alih projek AES/AwAS daripada Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan konsesi itu berkuat kuasa dari 14 Jan 2015 hingga 31 Ogos 2018.

Namun pada 17 Ogos lalu, kerajaan Pakatan Harapan memutuskan agar perjanjian konsesi AES/AwAS yang dikendalikan oleh LTAT ditamatkan mengikut tarikh luput kontrak.

Pengoperasian, pembangunan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan AES/AwAS akan diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata kerajaan hanya akan memulangkan pelaburan RM555 juta yang dibuat LTAT dalam projek itu tanpa pulangan tahunan 12 peratus seperti yang dijanjikan oleh kerajaan BN sebelum ini, namun LTAT menyifatkan keputusan tersebut sebagai tidak adil. – BERNAMA

Tags: Kementerian PertahananLTAT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taiwan Bincang Dana Ketenteraan Baharu Dengan AS

Mindef Sedia Hantar ATM Ke Timur Tengah Bantu Urus Keselamatan Pelajar Malaysia

21/04/2024
0

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersedia menghantar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Timur Tengah untuk membantu menguruskan keselamatan para...

Beras Import RM9.90 Licin Dalam Masa 15 Minit

Kerajaan Peruntuk RM244 Juta Bantu Veteran ATM

03/03/2024
0

LANGKAWI: Kementerian Pertahanan memperuntukan RM244 juta melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bagi penyediaan Skim Bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd