Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Qatar Beri Dana Khas...

DOHA - Qatar kini antara negara Islam terbaru tampil menyatakan ikrar memberikan penajaan...

Trump Tipu Kos Kedutaan...

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump dulu dengan bangga mengatakan pembayar cukai AS akan...

Kejayaan Adam Tawan Kem...

SEPANG - Kejayaan Azrulkhan Hasrullah yang menjadi pendaki kudung kedua-dua kaki pertama dari...

‘Tugas Polis Terima Laporan...

PUTRAJAYA : Adalah menjadi tugas polis untuk menerima laporan dibuat oleh orang awam...

Kembara Proton 1-Tangki Bawa Peserta Memandu Lebih 700km

KUALA LUMPUR – Setiap kenderaan peserta disediakan dengan setangki penuh petrol 40 liter dan perlu memandu lebih 700 kilometer (km) bermula dari Kulai, Johor ke Juru, Pulau Pinang, namun baki petrol yang digunakan adalah berbeza saat tiba di destinasi akhir.

Itu situasi yang berlaku ketika program Kembara Proton Satu-Tangki 2018 peringkat akhir baru-baru ini melibatkan 60 peserta dan 30 kereta terdiri daripada model – Proton Saga 1.3 dengan transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT), Proton Iriz 1.3 CVT dan Proton Persona 1.6 CVT.

Pemenang kembara ditentukan berdasarkan penggunaan petrol paling efisien.

Pelbagai strategi dan ‘helah’ yang digunakan peserta. Ada yang sanggup mematikan penghawa dingin sepanjang perjalanan dan ‘berkipas’ semata-mata mahu menjimatkan penggunaan petrol bagi memenangi pertandingan tersebut.

Di akhir destinasi, terdapat peserta yang menggunakan kesemua 40 liter petrol namun ada yang masih berbaki 16 liter.

Keputusan dua hari kembara menunjukkan purata penggunaan petrol peserta yang memandu Proton Saga adalah 4.55 liter setiap 100 km, Iriz (4.60 liter) dan Persona (4.71 liter).

Penggunaan petrol terbaik direkodkan peserta kategori Iriz, Yap Kam Foo, 35, yang hanya menggunakan 24 liter petrol sepanjang 700 km perjalanan ataupun 3.5 liter petrol untuk setiap 100 km.

Lebih menarik, menurut Yap, ketika tiba di tempat pemeriksaan terakhir, meter bacaan minyak menunjukkan kenderaan masih boleh meneruskan perjalanan sejauh 450 km lagi.

“Penjimatan minyak sebenarnya sangat subjektif dan bergantung kepada kemahiran memandu dan keadaan trafik. Ketika pertandingan berlangsung saya tidak memandu terlalu perlahan dan cuba mengekalkan kelajuan 60 km sejam minimum walaupun menaiki bukit. Saya percaya pemanduan terlampau perlahan akan menggunakan petrol lebih banyak.

“Tiada rahsia khusus dan luar biasa, saya cuma praktis tips penjimatan minyak yang kita biasa dengar seperti jangan bawa muatan berlebihan, jangan guna brek terlampau kerap dan pastikan jarak dengan kenderaan hadapan sentiasa selamat,” katanya ketika diminta berkongsi tips kejayaannya.

Peserta Nur Shazreen Zamzuri pula berpendapat menyertai program Kembara Proton Satu-Tangki merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana ia secara tidak langsung mencabar ketahaan mental dan fizikal beliau.


“Macam sedang berada dalam rancangan realiti televisyen ‘Survivor’ sebab kami kena fikir macam mana nak sampai ke destinasi dengan petrol yang terhad

“Secara realistik mungkin pemandu tidak akan memandu dengan kelajuan 60 km ke 80 km sahaja untuk perjalanan jauh, namun pada saya pengalaman ini mengajar saya mengawal emosi cemas misalnya apabila membayangkan jika kereta yang dipandu akan kehabisan petrol,” kata jurufoto berusia 24 tahun itu yang memandu model Persona.

Bagi selebriti media sosial Nasrul Faiz yang juga dikenali sebagai Faiz Dickie, program kembara Proton memberi pengajaran kepada beliau bahawa memandu dengan kelajuan konsisten cukup memberi impak kepada penggunaan bahan api.

“Saya menyertai kembara ini sebanyak tiga kali dengan tiga laluan yang berbeza. Memang cukup petrol satu tangki jika cermat cara memandu malah saya masih membuka penghawa dingin pada kadar minimum,” katanya.

Peserta Kembara Proton Satu-Tangki 2018 peringkat akhir terdiri daripada pemenang lima siri kembara terdahulu iaitu di zon Lembah Klang, Kuala Terengganu (Terengganu), Inanam (Sabah), Pasir Gudang (Johor) dan Juru (Pulau Pinang).

Ia bertujuan menguji kemampuan tiga jenis model Proton – Saga 1.3 CVT, Proton Iriz 1.3 CVT dan Proton Persona 1.6 CVT.

Pada majlis penyampaian hadiah di George Town, Pulau Pinang, Proton turut melancarkan model Ertiga versi 2018 dengan harga jualan atas jalan dengan insuran tanpa cukai barang dan perkhidmatan (GST) atau cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula RM56,773 untuk versi manual Executive (MT), varian automatik Executive AT pada RM59,525 dan varian tertinggi Premium AT pada harga RM62,278.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) enam-tempat duduk versi kemas kini yang digelar Proton Ertiga Xtra itu hadir dengan skrin infotainmen baharu, bahagian dalaman berwarna gelap dan fungsi navigasi sistem penentu kedudukan global (GPS) untuk varian Premium. – BERNAMA

Kategori