KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha bersama komposer muda, Nik Qistina bekerjasama dengan HP Malaysia bakal menerbitkan lagu dan video muzik yang beri fokus kepada ekspresi diri dalam kalangan remaja.
Kerjasama ini melalui kempen menggunakan tanda pagar #ekspresikami adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran dan menyeru golongan muda di Malaysia untuk bertindak dan mempamerkan semangat bagi mengejar impian mereka.
HP Malaysia, Daiyan Trisha dan Nik Qistina akan mencipta lagu yang bercerita tentang ekspresi diri dengan merangkul keperibadian dan mengatasi kesukaran untuk meraih kejayaan.
Menariknya, mereka turut membuka peluang kepada golongan remaja untuk terlibat sama dalam pembikinan video muzik terbabit dengan menyertai pertandingan Ini Ekspresiku anjuran HP Malaysia.
Pertandingan ini bermula dari 4 Ogos sehingga 25 November menerusi laman Facebook HP Malaysia. Selain terlibat dalam video muzik, pemenang turut menerima komputer riba HP Pavilion x360.
Manakala bermula dari 4 Ogos sehingga 17 September pula, 10 pemenang dari pertandingan Ini Ekspresiku boleh menjadi sebahagian daripada video muzik tersebut dan turut memenangi E-baucar bernilai RM200 setiap satu.
Untuk maklumat lanjut, mengenai kempen #ekspresikami atau HP Pavilion x360, sila lawati halaman Facebook HP Malaysia. Terma dan syarat turut disertakan. – UTUSAN ONLINE