• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Kerjasama Dengan PDRM Jejak Judi Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
14/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengenalpasti dan menjejaki individu yang menjalankan kegiatan perjudian dalam talian di negeri ini, persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Mohd Firdaus Ahmad berkata Kerajaan Negeri memandang serius kegiatan judi dalam talian apabila mencatatkan 254 aduan awam bagi tempoh Januari 2017 hingga Julai 2018.

“Kita (Kerajaan Negeri) terima aduan daripada orang awam berkaitan promosi perjudian dalam talian jadi, untuk mencegah perkara itu daripada terus berleluasa kita akan kumpul butiran dan maklumat individu yang terlibat.

“Selepas maklumat diperoleh, kita akan menyerahkannya kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya iaitu menjejaki individu terbabit,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Norsabrina Mohd Noor (BN-Bandar Baharu).

Katanya, selain PDRM Kerajaan Negeri turut bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam pada itu, Mohd Firdaus berkata Kerajaan Negeri akan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk melaksanakan program kesedaran dalam kalangan pelajar bagi memberi kesedaran mengenai bahaya pedofilia, pornografi dan jenayah siber.

“Walaupun secara amnya ia tidak memberi impak kepada sistem pendidikan tetapi ia boleh menular, jadi kita tidak akan biarkan perkara itu berlaku dalam kalangan pelajar,” katanya. – BERNAMA

Tags: KedahPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd