• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Jamin Projek Naik Taraf 5 Loji Rawatan Air Tidak Tambah Hutang

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri memberi jaminan kos untuk meneruskan pembinaan dan naik taraf lima loji rawatan air (LRA) yang berjumlah hampir RM1 bilion tidak akan menambah hutang negeri terhadap Kerajaan Pusat, persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri Zamri Yusuf berkata pihaknya kini sedang dalam proses pemohonan untuk mendapatkan peruntukan penuh daripada Kerajaan Pusat bagi menampung kos tersebut.

Untuk rekod lima loji air itu adalah LRA Pelubang, LRA Jenun Baharu, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau dan LRA Lubuk Buntar Lama yang berjumlah RM931.6 juta.

“Kerajaan negeri sedang menunggu kelulusan geran dan apabila diluluskan, projek tersebut tidak akan dilaksanakan secara hutang jadi ia tidak akan menambah hutang negeri sedia ada terhadap Kerajaan Pusat.

“Sementara menunggu kelulusan itu, kita telah merancang beberapa langkah untuk mengatasi masalah air ini yang melibatkan tindakan pantas, jangka pendek dan panjang,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Muhammad Sanusi Md Nor (PAS-Jeneri).

Zamri berkata antara tindakan yang diambil ialah memasang pam penggalak mini bagi membolehkan bekalan air sampai kepada penduduk di kawasan yang mengalami masalah tekanan air rendah.

Pada Nov 2017, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan kerajaan negeri membuat pinjaman sebanyak RM1 bilion daripada Kerajaan Persekutuan ketika itu untuk menyegerakan projek LRA itu.

Sementara itu, Zamri berkata pelantikan perunding bagi kelima-lima projek LRA ini telah diadakan secara rundingan terus pada Disember 2016 manakala pelantikan kontraktor akan dibuat secara tender terbuka, selaras dengan arahan daripada Kementerian Kewangan, Jun lepas.

“Sebelum ini, kerajaan terdahulu telah melantik kontraktor secara rundingan terus, namun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semua lantikan kontraktor akan dibuat secara tender terbuka bagi memastikan ia telus dan menepati spesifikasi ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kosLoji Rawatan Air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendapatan Tambahan Hasil Lonjakan Harga Minyak Tidak Patut Diserap Untuk Operasi Kerajaan

Pendapatan Tambahan Hasil Lonjakan Harga Minyak Tidak Patut Diserap Untuk Operasi Kerajaan

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendapatan tambahan yang diperoleh Malaysia daripada lonjakan harga minyak global tidak patut diserap untuk perbelanjaan operasi kerajaan....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd