• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lelaki Lemas Ketika Ambil Bola Dalam Kolam

oleh
31/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun ditemukan mati lemas selepas dikatakan cuba mengambil bola mainnya yang terjatuh ke dalam kolam tadahan air, berhampiran Flat Seri Intan di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 3 petang ketika Aeezender Neo Anak Gaong yang juga murid Sekolah Rendah Kebangsaan Masai, sedang bermain bola di kawasan itu bersama lapan rakannya yang lain sebelum bola itu jatuh ke dalam kolam tersebut.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Norazam Shaari berkata kerana ingin mengambilnya mangsa berenang ke kolam terbabit, namun kemudian hanyut dibawa arus setelah menghampiri kawasan tengah kolam sedalam antara sembilan hingga 10 kaki dan tidak berpagar.

“Mayat mangsa dijumpai pada 11.25 malam dan dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan kejadian, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membiarkan anak-anak mereka bermain dan bermandi di kawasan kolam itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang Ibrahim Omar berkata polis memaklumkan kes itu kepada pihaknya pada 7.03 malam, sebelum menghantar satu unit pasukan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata pihaknya turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor dalam melaksanakan operasi, berjaya menemukan mangsa pada jarak 30 kaki dari tebing kolam terbabit. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd