• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaka Azraff Berlakon Filem Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
10/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HASRAT penyanyi Kaka Azraff untuk melebarkan sayapnya ke negara jiran Indonesia akhirnya tercapai apabila dia bakal muncul menerusi sebuah filem terbitan negara itu berjudul Zharfa The Movie.

Kaka berkata, filem yang memperlihatkan dia memegang watak utama turut menggandingkannya dengan aktor popular Indonesia, Donny Alamsyah.

“Ia sebuah filem yang berat namun saya terima juga kerana sedar itu adalah peluang saya melebarkan sayap di Indonesia.

“Tak sangka juga diberikan watak utama malah turut bergandingan dengan Donny Alamsyah.

“Alhamdulillah ia pengalaman yang tidak boleh saya lupakan dan berharap ia mendapat sambutan baik di Indonesia dan Malaysia apabila ia ditayangkan kelak,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai filem itu, Kaka berkata dia menjalani penggambaran sekitar April lalu dan ia dijangka menemui penonton pada penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Kaka berkata, penglibatannya dalam filem itu juga diharap dapat membuka ruang kepadanya untuk memperkenalkan muziknya kepada pendengar di negara itu.

Baru sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Sibuk, Kaka bagaimanapun tidak terburu-buru sebaliknya ingin melihat reaksi peminat apabila menonton filem lakonannya.

“Buat masa ini belum ada perancangan khusus untuk melancarkan karier nyanyian saya di sana kerana saya ingin tunggu filem itu ditayangkan terlebih dahulu.

“Insya-Allah jika sambutan baik dan orang mula mengenali saya mungkin itu masa sesuai untuk saya kembangkan muzik saya di Indonesia,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Kaka berkata, buat masa ini dia ingin berehat seketika daripada dunia lakonan bagi memberi tumpuan kepada promosi Sibuk.

Malah kata Kaka, dia juga sedang giat menyiapkan album penuh pertamanya yang dijangka dilancarkan pada awal tahun hadapan. – mStar Online

Tags: kaka azrafflakonan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaka Azraff Selamat Bergelar Isteri

15/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, penyanyi Kaka Azraff, 29, selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Adam Azriff,25, pada jam 9.53 malam...

Hati Remuk… Mahu Pelaku Diberi Hukuman Setimpal – Kaka Azraff

21/09/2018
0

PENYANYI Kaka Azraff tidak mampu menahan rasa marah terhadap dua individu yang menganiaya seekor kucing sehingga mati di sebuah kedai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd