• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Harga Tiket Penerbangan Akan Terus Diperinci

oleh
15/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus menjalankan kajian yang lebih terperinci sebelum menetapkan sebarang dasar berkaitan harga siling bagi penerbangan domestik di negara ini.

Timbalan Menterinya Datuk Kamarudin Jaffar berkata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sudah mengemukakan kertas kerja bagi kajian berkenaan, namun kajian itu akan diteruskan secara lebih mendalam.

“Perbincangan dan kajian bersama MAVCOM akan diteruskan bagi dapatkan penyelesaian terbaik untuk manfaat penumpang…kerana pada pandangan umumnya penetapan harga siling tidak semestinya 100 peratus baik,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran sistem pemfailan automatik, AeroFile, hari ini.

Sebelum ini, kementerian itu mengarahkan MAVCOM untuk mengkaji mekanisme pelaksanaan harga siling tiket penerbangan khusus semasa musim perayaan.

Kamarudin, bagaimanapun, tidak menyatakan sama ada kajian terperinci itu akan mengambil kira cadangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi tiket penerbangan domestik.

Baru-baru ini, JKDM bercadang mengenakan SST ke atas empat produk baharu iaitu tiket penerbangan domestik (tidak termasuk kawasan luar bandar), hiburan (gaming), perkhidmatan teknologi maklumat (IT) dan elektrik.

Mengulas lanjut berhubung AeroFile, Kamarudin yakin sistem pemfailan automatik itu mampu melancarkan proses pemohonan permit pendaratan penerbangan komersil dari atau ke Malaysia.

Ia akan mengurangkan beban kertas kerja, meningkatkan ketelusan serta memendekkan masa pemprosesan selain mengurangkan ruang kesilapan atas kecuaian manusia, katanya.

Selain berfungsi sebagai platform permohonan permit, AeroFile bertindak sebagai sumber maklumat bagi operasi sesebuah syarikat penerbangan dan mengandungi senarai terkini pesawat yang didaftarkan di bawah International Civil Aviation Organisation (ICAO). – BERNAMA

Tags: tiket penerbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SNBJ Bakal Jahanam Lagi?

RM599 Harga Maksimum Tiket Ke Sabah, Sarawak, Labuan Sempena Aidilfitri – Loke

24/02/2024
0

Jelebu: Kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk tempoh...

Menteri Mahu Bincang Turunkan Tiket Penerbangan Musim Raya

Menteri Mahu Bincang Turunkan Tiket Penerbangan Musim Raya

08/12/2022
0

Anthony Loke akan berbincang dengan syarikat penerbangan untuk menurunkan tambang penerbangan bagi memudahkan perjalanan ke Sabah dan Sarawak semasa musim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd