• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Semula Beberapa Sistem Subsidi Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
26/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengkaji beberapa sistem subsidi pada tahun depan, kata Ketua Pakar Ekonomi Kumpulan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB), Suhaimi Ilias.

Beliau berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menyebut kemungkinan kajian semula mengenai Bantuan Sara Hidup dan bayaran kebajikan sosial lain untuk menjadikannya lebih cekap.

“Oleh itu, saya fikir ia boleh menjadi petunjuk untuk mengubah sedikit beberapa sistem subsidi pada tahun depan.

“Ini kerana kerajaan hanya komited kepada beberapa sistem subsidi yang ada sekarang yang dinikmati semua orang dari segi harga tetap RON95 sehingga akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas sesi prestasi pasaran separuh kedua Maybank IB di sini, pada Sabtu.

Suhaimi berkata, kerajaan mahu memastikan ekonomi akan kekal mesra perniagaan dan Bajet 2019 dijangka meningkatkan ekonomi Malaysia dan memberi tumpuan kepada pelaburan swasta dan menarik pelaburan langsung asing.

Sementara itu, pasaran saham dijangka diniaga dalam jajaran kecil sepanjang tahun, selain optimis pembentangan Bajet 2019 dapat meningkatkan sentimen.

Selain itu, pelabur akan lebih jelas mengenai dasar dan keyakinan terhadap sasaran fiskal kerajaan.

“Walaupun berlaku kelembapan, masih terdapat banyak momentum dalam ekonomi dan peralihan aliran perdagangan akan memberi manfaat kepada ekonomi lain,” katanya.

Para pelabur harus selektif dalam memilih saham mereka di tengah-tengah keadaan mencabar semasa sambil mengutamakan asas yang kukuh.

Pendekatan pemilihan saham sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan jangka panjang untuk separuh kedua 2018.

Antara pilihan utama ialah Inari Amertron Bhd, Genting Bhd, AMMB Holdings Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Yinson Holdings Bhd, ARON Co (M) Bhd, Bermaz Auto Bhd dan Allianz Malaysia Bhd. Maybank IB kini mempunyai penarafan berlebihan pada sektor automotif, perjudian, minyak dan gas dan teknologi.

Di samping itu, ia mendapati dengan kejelasan lanjut mengenai dasar baru yang dilaksana kerajaan, risiko pengawalseliaan dalam sektor seperti telekomunikasi dan pembinaan akan mula hilang, yang boleh menyebabkan pemulihan sentimen pelabur, katanya. Ketua Pemberokeran Runcit, Lim Sin Jin berkata, pelabur telah menunjukkan keyakinan baharu di tengah-tengah jangkaan bahawa pasaran saham akan terus berdaya tahan terutama disebabkan perang perdagangan AS-China serta prospek keluaran dalam negara kasar yang disemak semula untuk Malaysia.

“Ini dibuktikan oleh penutupan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 1,808.59 mata pada 24 Ogos, mendekati penanda aras tertinggi dalam tiga bulan,” katanya.

Daripada paras rendah baru-baru ini, FBMKLCI telah mengingkat lebih daripada 120 mata sejak awal Julai.

“Kami percaya ketidakpastian telah membuka peluang, dan kaunter-kaunter yang mempunyai asas yang kukuh terus menarik minat pelabur.

Lim berkata, mereka melihat tanda-tanda peningkatan keyakinan dan selera baru untuk saham, yang sangat baik untuk jangka panjang. – BERNAMA

Tags: Kerajaan PHsubsidi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Krisis Turki: 5 Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Next Post

BR1M Tetap Perlu Walaupun Kerajaan Bertukar

Related Posts

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

Subsidi RM300 Pelajar IPT Dalam Sabah Pulang Ke Kampung – Hajiji

03/11/2024
0

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan memberikan bantuan subsidi RM300 kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam...

Next Post

BR1M Tetap Perlu Walaupun Kerajaan Bertukar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd