• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kahwin Bawah Umur: Pandangan Dari Sabah, Sarawak Diambil Kira

oleh Cj Mnh
07/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk di Sabah dan Sarawak sebelum undang-undang sekatan perkahwinan bawah umur dilaksanakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata perbincangan dengan pelbagai pihak di negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak perlu sebelum sesuatu undang-undang hendak dibuat kerana ia turut menyentuh mengenai kepentingan pihak tertentu.

“Yang penting kita nak ada satu standard, kita hendak berbincang dengan semua pihak hingga akhirnya come to the point di mana kita merasakan perkahwinan bawah umur ini perlu diletakkan satu undang-undang yang ketat dengan mengehadkan umur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) ke-16 di sini hari ini.Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Pengajian Islam dan Dakwah kepada 115 penerima.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata pihaknya akan mula mendapatkan pandangan cendiakiawan dan ulama dalam isu itu.

“Bagi akta yang duduk bawah kami iaitu akta perkahwinan dalam Islam kita akan mulakan dengan pandangan cendekiawan dan ulama dalam isu ini, kita akan berdialog dan konsultasi dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan stakeholders di negeri-negeri.

​​​​​​​”Dan dari situ baru kita akan sampai kepada satu keputusan yang saya kira secara konsensus di pihak kami iaitu JPM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Agama Islam negeri serta Majlis Agama negeri tidak ada masalah buat satu undang-undang yang mengehadkan umur supaya perkahwinan bawah umur ini tidak dijadikan bahan untuk ekspotasi dalam mempertahankan hak kanak-kanak,” katanya.

Mujahid berkata pihaknya juga mula terima kertas-kertas cadangan berkaitan isu itu.

“Jabatan saya sudah mula bertemu ulama, paper pun dah masuk, kita minta mereka (ulama) sediakan paper dan insyaallah dalam masa terdekat ini kita akan buat satu perbincangan meja bulat dan di situ akan jadi resolusi yang kita akan ketengahkan sebagai input kami di dalam isu ini,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: had umurperkahwinan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Had Umur Media Sosial 16 Tahun Dibincangkan Minggu Depan

Had Umur Media Sosial 16 Tahun Dibincangkan Minggu Depan

17/10/2025
0

Putrajaya: Cadangan menaikkan had umur kepada 16 tahun bagi penggunaan media sosial di negara ini akan dibincangkan minggu depan, kata...

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

Kekasih Tolak Perkahwinan, Wanita Larikan Barang

15/11/2023
0

AMPANG JAYA: Berang kekasih enggan berkahwin, seorang wanita dipercayai mencuri pelbagai barangan rumah milik teman lelakinya itu yang dianggarkan bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd