Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

UiTM, PTPTN Jalin Kerjasama...

SHAH ALAM - Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Jue Aziz Tak Tahu...

JUE Aziz meluahkan rasa sedih apabila mengetahui dirinya mengalami keguguran selepas diberitahu oleh...

94 Kes Baharu Covid-19,...

SEHINGGA 12 tengah hari ini, 94 kes baharu jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) dilaporkan...

Pemilihan 14 Cabang PKR...

KOTA BHARU - Proses pemilihan PKR di Kelantan yang melibatkan 43,200 anggota parti...

Junjung Kasih Peranan Raja-Raja Melayu, Merdekakan Tanah Air

IPOH – Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyeru seluruh rakyat agar menjunjung kasih dengan peranan Raja-raja Melayu dalam menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah suatu ketika dahulu.

Beliau berkata atas perkenan Raja-raja Melayu, rakyat diberi peluang mentadbir Persekutuan Tanah Melayu berdasarkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

“Syukur alhamdulillah atas limpah rahmat Allah yang mengurniakan kebijaksanaan kepada ke Bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu inilah, negara kita dibina di atas semangat sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

“Sistem ini memberikan hak kepada rakyat untuk memilih kerajaan bagi mentadbir kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri.

“Kerajaan yang dipilih bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan kebajikan rakyat berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan teh dan penyampaian hadiah yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di Dewan Bandaran Ipoh, di sini hari ini.

Beliau berkata atas semangat ‘Sayangi Malaysiaku’, rakyat juga diminta agar membuktikan kecintaan mereka dengan berpegang kepada titah Sultan Nazrin.

“Baginda sebelum ini bertitah mahu melihat masyarakat berbilang kaum di negeri ini bersama melakukan kebaikan, menegah kemungkaran, hidup dalam suasana damai, saling menghormati, bersatu mempertahankan kedaulatan negara, perlembangaan persekutuan dan mendaulatkan undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru agar semua rakyat negeri Perak bersama-sama memerdekakan diri daripada belenggu syak wasangka dan prejudis.


Beliau berkata selepas enam dekad mencapai kemerdekaan, ini adalah masa terbaik untuk membuka lembaran baharu dalam memperkasakan kepercayaan dan keyakinan bahawa kepelbagaian kaum dan agama adalah sumber kekuatan.

“Saya mengajak semua rakyat bersatu untuk mengembalikan kegemilangan Perak dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih cemerlang demi generasi akan datang.

“Sentiasa berpegang erat kepada panji Jalur Gemilang yang menyatukan kita semua, selari dengan semangat ‘Sayangi Malaysiaku’ yang dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan pada tahun ini,” katanya.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut menyampaikan sijil, piala dan replika cek kepada Majlis Bandaraya Ipoh yang dinobatkan Johan Pakaian Terbaik Keseluruhan dan juga Johan Pertandingan Kawad bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun, Swasta dan NGO.

Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri pula menjadi Johan Pertandingan Kawad bagi kategori Jabatan Kerajaan. – BERNAMA

Kategori