• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jika Ini Semangatnya, UMNO Mampu Bangkit

oleh
04/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMANGAT… Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah melahirkan rasa puas hati dengan jentera Barisan Nasional (BN) yang gigih setia bertugas sehingga tamat waktu pengundian pukul 5.30 petang Sabtu.

Malahan sikap positif jentera peraih bagi memastikan pemilih berdaftar keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis jauh berbeza dengan petugas PKR sendiri yang agak lesu.

Jelas beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia, tinjauan di beberapa lokasi pengundian menunjukkan para petugas BN begitu tekun bagi mendapatkan sokongan ramai pengundi walaupun dalam keadaan cuaca hujan.

“Saya amat gembira dan puas hati kerana inilah semangat yang kita perlukan. Di kala parti keramat ini bukan lagi tonggak kerajaan apabila sudah jadi pembangkang, tetapi ahli parti masih begitu setia dan berjiwa besar membantu.

“Jika beginilah semangat orang UMNO, saya berasa yakin dan percaya kita mampu bangkit dengan lebih utuh pada masa depan terutama Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang,” ujar beliau kepada portal UMNO-Online.

Terdahulu Dr. Shamsul Anuar menyertai sekumpulan peraih undi di hadapan Kolej Islam Sultan Alam Shah, sebuah sekolah berasrama penuh aliran agama yang cukup terkenal di seluruh negara dengan kecemerlangan akademiknya.

Kehadiran beliau membuatkan para petugas semakin bersemangat menjalankan tugas meraih sokongan pengundi dan keadaan agak berlainan dengan jentera PKR bergerak bersendirian tanpa sokongan sekutu Pakatan Harapan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 80 peratus pemilih keluar mengundi pada PRK itu dan keputusan bakal diumumkan pada pukul 10 malam. Namun media melaporkan sambutan amat dingin dan jauh merosot.

Proses penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19 sebaik sahaja proses pengundian tamat pada pukul 5.30 petang iaitu julung kali ada tambahan masa selama 30 minit.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni menentang calon BN daripada UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas tidak dikenali, K. Murthy.

Kerusi itu kosong selepas kematian wakil rakyatnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu, sekali gus PRK yang pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Pilihan Raya Kecilsungai kandis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tempoh Darurat Tak Boleh Bubar Parlimen, Buat Pilihan Raya

25/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Tiada pilihan raya umum (PRU) atau kecil (PRK) boleh diadakan mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 walaupun...

Pilihan Raya Tak Diadakan Sepanjang Tempoh Darurat

12/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat yang dilaksanakan sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd