• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah OKU Zahir Penghargaan Kepada TH

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – “Terima Kasih TH”, itulah ungkapan yang acap kali keluar daripada mulut Abd Razak Said, orang kurang upaya (OKU) yang dibawa oleh Tabung Haji (TH) ke Tanah Suci untuk menunaikan haji pada musim ini.

Abd Razak yang berusia 67 tahun, yang datang bersama-sama isteri, Juairiah Abd Wahab, 65, dan anak perempuannya Nur Adnin Abd Razak, 28, tidak henti-henti melahirkan rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada TH kerana telah banyak membantu beliau sekeluarga untuk ke Tanah Suci.

“Daripada Alor Setar (rumah), TH jemput kami menaiki ambulans terus ke lapangan terbang. Pertolongan TH ini umpama rahmat daripada Allah SWT kepada kami sekeluarga untuk meringankan kesusahan kami.

“Alhamdulillah, pihak TH juga bagi kami (sekeluarga) duduk sebilik, semasa di Madinah dan di Makkah. Itu telah memudahkan kami, terutamanya saya apabila mahu menggunakan bilik air. Anak dan isteri saya boleh menolong saya,” katanya semasa ditemui oleh media di sini, hari ini.

Perasaan terharu turut dikongsi bersama isterinya Juairiah yang amat tersentuh melihat kesungguhan TH untuk memastikan mereka sekeluarga dapat tiba ke Tanah Suci dengan selamat.

“Segala usaha yang TH lakukan kepada keluarga saya, terutamanya suami, memang saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Saya terharu melihat keikhlasan mereka menolong kami sekeluarga,” katanya.

Abd Razak kehilangan kaki kanannya dalam satu kemalangan pada 2005, dilanggar oleh sebuah bas semasa pulang dari kerja menaiki motosikal.

Berikutan kemalangan tersebut, Abd Razak koma selama kira-kira sebulan dan kaki kanannya terpaksa dipotong akibat mengalami pendarahan yang serius di bahagian tersebut.

Abd Razak dan keluarganya yang telah mendaftar untuk menunaikan haji pada 2007, pernah ke Tanah Suci pada 2012 bagi menunaikan umrah.

Sementara itu, Nur Adnin, graduan lepasan diploma dalam jurusan Pembantu Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Johor, berkata beliau dan ibunya akan bergilir-gilir untuk menolak kerusi roda ayahnya setiap kali pergi dan pulang dari masjid.

“Semasa di Madinah, kami (saya dan ibu) bergilir-gilir tolak (kerusi roda) ayah. Masa buat umrah di Makkah tempoh hari pun kami begilir-gilir tolak ayah masa tawaf. Saya pesan pada ibu supaya tak berehat lama sangat nanti kita lambat habis (tawaf),” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiOKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd