• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Diseru Bantu Bina Semula Negara

oleh
20/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAFAH – Jemaah haji Malaysia diseru untuk bersama-sama kembali membina semula negara berasaskan kepada ketaqwaan dan keimanan, seiring dengan perintah Allah di dalam Al-Quran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Muhajid Yusof Rawa berkata kerjasama itu nanti bukan hanya akan menguntungkan jemaah itu sendiri, malah seluruh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama yang lain.

“Saya berharap agar jemaah haji ini akan melihat sesama rakyat Malaysia dengan mata kemanusiaan, dan bukan dengan kekejian, kebencian, apatah lagi dengan perkauman-perkauman yang sempit (apabila mereka pulang),” katanya semasa menyampaikan Khutbah Arafah di sini, hari ini.

Jemaah haji Malaysia juga diseru untuk mengambil pengalaman daripada ibadah haji yang mereka jalankan tahun ini apabila pulang ke tanah air sebagai pemangkin kepada ibadah-ibadah mereka yang lain di masa akan datang.

Mujahid berkata jemaah haruslah meneruskan semangat persaingan yang sihat dan keghairahan dalam beribadah sebagai titik perubahan dalam menamatkan saki baki kehidupan.

“Kita hendaklah (terus) memelihara segala perintah Allah dalam kesatuan iman, ibadat, pergaulan, jual beli dan bermuamalah, hendaklah semuanya berlandaskan syariat Islam yang lengkap dan syumul,” katanya.

Mendoakan supaya jemaah Malaysia dianugerahkan haji yang mabrur, Mujahid turut menggesa para jemaah untuk tidak mensia-siakan kesempatan dan peluang keemasan yang terbaik semasa di Arafah kerana inilah waktu kemuncak ibadah dalam diari seorang muslim.

“Apabila waktu ini (Arafah) telah berlalu pergi maka ia tidak akan kembali lagi. Peluang kedua entah akan menjelma atau tidak. Sememangnya, air mata keinsafan yang mengalir di ketika ini, adalah penebus jiwa dan dosa bagi mengharap kasih dan pengampunanNya,” katanya.

Mujahid berkata antara amalan yang sayugia dan sewajarnya dizahirkan oleh jemaah pada hari ini adalah membasahkan lidah-lidah dengan selawat, zikrullah, isthighfar, berdoa, bacaan Al-Quran serta amalan soleh yang lain.

Jemaah juga dinasihatkan untuk menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh membawa kepada dosa semasa menjalankan ibadat yang boleh digambarkan sebagai keadaan umat Islam semasa di Padang Mahsyar kelak.

Sementara itu Mujahid memuji tindakan pantas petugas TH memperbaiki kerosakan-kerosakan kecil melibatkan zink-zink di tandas akibat kejadian ribut pasir dan angin kencang yang melanda khemah-khemah jemaah haji Malaysia semalam.

“Semalam (8 Zulhijjah) berlaku sedikit ujian di Makkah dan Arafah, iaitu ribut pasir lebih kurang dalam 6.50 petang waktu Arab Saudi dan saya terus berhubung dengan pusat operasi TH untuk mendapatkan perkembangan mengenai keadaan jemaah.

“Walaupun ribut pasir itu agak cemas, termasuk dengan angin yang kencang dan hujan yang agak lebat, saya dimaklumkan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman bahawa keadaan jemaah kita selamat,” katanya.

Justeru, beliau memohon agar anggota keluarga jemaah haji Malaysia di tanah air agar tidak berasa bimbang dan cemas mengenai keadaan anggota keluarga mereka di sini.

Mujahid menyampaikan khutbah Arafah di khemah maktab 81 penginapan jemaah haji Malaysia.

Kesemua 30,200 jemaah haji dijadualkan akan mula bergerak ke Muzdalifah dari Arafah untuk bermabit selepas menunaikan solat jama’ taqdim dan tamam semasa waktu Maghrib, sebelum meneruskan perjalanan ke Mina untuk ibadah melontar. – BERNAMA

 

Tags: Mujahid Yusof Rawa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

22/07/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan...

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH

18/06/2020
0

SHAH ALAM - Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd