• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jejambat Runtuh Di Itali, 22 Disahkan Maut

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROME – Sebuah jejambat lebuh raya runtuh pada Selasa di bandar pelabuhan utara Itali di Genoa dalam apa disifatkan Menteri Pengangkutan, Danilo Toninelli sebagai satu tragedi besar.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Edoardo Rixi, dalam temubual televisyen sebentar tadi mengesahkan sekurang-kurangnya 22 orang disahkan maut dan tidak menolak kemungkinan angka itu akan meningkat.

“Tidak boleh diterima sama sekali bahawa jambatan yang begitu penting…tidak dibina bagi mengelakkan kejadian seperti ini.

“Bahagian tengahnya runtuh,” katanya ketika ditemubual oleh SkyNews24 di Genoa.

Jabatan bomba tempatan berkata, jejambat terbabit runtuh sekitar jam 11.30 pagi waktu tempatan ketika hujan lebat.

Imej televisyen Itali menunjukkan jejambat runtuh itu, dibina di lebuh raya bertol A10 pada 1960-an. Kerja pembinaan semula jejambat itu dijalankan pada 2016. Jejambat terbabit runtuh di atas sungai, trek kereta api dan bangunan.

Seorang saksi memberitahu televisyen Sky Italia, dia menyaksikan ‘lapan atau sembilan’ kenderaan di atas jejambat apabila ia runtuh dalam apa yang dikatakan ‘adegan malapetaka.’

Toninelli dalam tweet berkata, beliau mengikuti perkembangan apa yang dianggap satu tragedi besar. – Reuters

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain JDT Bergson Antara 10 Pemain Dengan Hatrik Terbanyak Abad Ke-21

Pemain JDT Bergson Antara 10 Pemain Dengan Hatrik Terbanyak Abad Ke-21

31/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva terus mencipta nama dalam arena bola sepak apabila...

Sultan Selangor Gering Akibat Influenza A, Kesihatan Baginda Namun Beransur Pulih

Sultan Selangor Gering Akibat Influenza A, Kesihatan Baginda Namun Beransur Pulih

31/10/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kini gering akibat dijangkiti virus Influenza A sejak semalam, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd