• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Tak Puas Hati Mutu Pengadilan

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.

Pengurus dan Ketua Jurulatihnya, Luciano Figueroa berkata, pemain JDT telah bermain dengan baik, namun keputusan pengadil tidak memberikan dua sepakan penalti kepada JDT diragui.

“Fernando Marquez dijatuhkan ketika situasi satu lawan satu dengan penjaga gol lawan.

“Ada dua tiga insiden dimana pada pandangan saya keputusan pengadil tidak menyebelahi kami. Kami juga dinafikan dua sepakan penalti di separuh masa kedua,” katanya dalam satu kenyataan.

Figueroa yang juga bekas penyerang import JDR berkata, memang sukar untuk JDT bermain bukan sahaja menentang lawan yang bertahan sepenuhnya, namun keputusan pengadil yang tidak menyebelahi pasukan itu.

Laman Facebook rasmi JDT turut memuat naik dua rakaman video yang menunjukkan pasukan itu sepatutnya diberi sepakan penalti oleh pengadil dalam perlawanan berkenaan.

JDT kita menduduki tempat ketiga dalam peringkat kumpulan Piala Malaysia selepas tewas 0-1 kepada pasukan Kelantan. – MYNEWSHUB.TV

Tags: JDTPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd