• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Bagi Mengkaji Pelan Perniagaan YWP

oleh
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah jawatankuasa akan dibentuk bagi mengkaji pelan perniagaan yang baharu bagi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), memandangkan pendekatan terdahulu tidak mampan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

“Jawatankuasa itu akan cuba mencari usaha sama perniagaan menggunakan YWP sebagai jentera bagi menghasilkan dana,” beliau memberitahu pemberita selepas pratonton Floria Di Raja Putrajaya 2018 di sini.

Beliau berkata antara usaha sama berpotensi yang boleh dipertimbangkan termasuk pengurusan sisa pepejal.

Media sebelum ini melaporkan dakwaan Anggota Parlimen Kepong dari DAP Lim Lip Eng bahawa sekurang-kurangnya 12 lot tanah sekitar bandaraya telah ditukar milik kepada YWP tanpa tender terbuka. Lim mahu Khalid membekukan transaksi ke atas kesemua tanah tersebut sementara menunggu hasil siasatan dan bercadang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Mengulas perkara itu Khalid berkata beliau tidak bercadang membekukan sebarang transaksi kerana ia telah dilakukan sejak 2009 lagi.

Bagi membangunkan tanah itu , YWP telah membuat permohonan dan tanah itu diberikan berdasarkan permohonan. YWP kemudian mengadakan usaha sama dengan pemaju untuk membangunkan tanah itu, Tiada sesiapa boleh mendapatkan tanah itu dan terus menjualnya,” kata beliau.

Khalid berkata YWP tidak akan menjadi pertubuhan kebajikan di mana aktivitinya akan dipantau oleh pihak kementerian.

Beliau berkata sebelum ini program YWP adalah menerusi UMNO sehingga ia dilihat sebagai sayap UMNO.

“Sekiranya kementerian memberikan YWP projek tertentu, hasilnya akan dipulangkan kepada rakyat menerusi program yang tidak berorientasikan politik,” tambah beliau. – BERNAMA

Tags: Khalid Abdul Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Ahli Parlimen KL Dilantik Anggota Majlis Menteri

30/05/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai anggota Majlis Menteri...

Pelaburan Qatar Diintai Bagi Projek Kereta Nasional Ketiga

18/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad hari ini menjelaskan bahawa pihak yang berpotensi untuk melabur dalam projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd