Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Bomba Selamatkan Lelaki Cuba...

KOTA KINABALU - Tindakan pantas anggota bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki...

Seperti Dipergunakan, Amy Search...

LEGENDA artis rock tanah air, Amy Search baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas...

Dadah Bernilai RM101,000 Dirampas...

JOHOR BAHRU — Polis Johor merampas dadah pelbagai jenis termasuk ganja, heroin dan...

Sanggup Menyusul Ke ‘Syurga’...

BARU-BARU ini seluruh dunia digemparkan dengan berita kematian penyanyi kumpulan K-Pop SHINee, Kim...

Jangan Mengaku Kalah Walaupun Ketinggalan

PALEMBANG – “Kami telah buktikan, walaupun ketinggalan 11-17, tidak semestinya kita harus mengaku kalah,” demikian kata-kata pemenang pingat emas acara antara regu sepak takraw, Farhan Adam yang mahu semangat juang mereka dicontohi oleh atlet negara yang sedang berjuang dalam temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Menurut pengumpan berpengalaman negara itu, situasi ketinggalan jauh (11-17) pada set kedua di dan sudah tewas dalam set pertama (18-21) tidak sedikit pun mematah semangat juang regu negara, sebaliknya menyedari mereka harus mencatat kemenangan bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

“Ketika rata-rata peminat di tanah air yang sedang menonton televisyen sudah patah semangat, kami masih belum putus harapan dan beraksi seperti biasa serta memungut mata demi mata sehingga berjaya memenangi perlawanan 22-20 pada set kedua,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan itu.

Pada set penentuan, regu negara dilihat lebih bersedia dan berjaya menahan asakan demi asakan regu lawan untuk menundukkan Indonesia 21-11 sekali gus memenangi perlawanan.

Farhan, 29, menanti selama sembilan tahun sejak mewakili Malaysia pada 2009 untuk pingat berkenaan dan beliau juga merupakan satu-satunya pemain negara yang beraksi penuh bagi setiap perlawanan skuad negara sepanjang temasya ini berlangsung.

“Aspek ketahanan mental memang diberi penekanan sejak dari awal sebelum datang ke temasya ini dan kami juga sudah menjangkakan betapa sokongan padu penyokong tuan rumah akan memberi impak kehangatan dalam perlawanan itu.


Jadi saya berharap apa yang telah dilakukan skuad sepak takraw ini akan menjadi pembakar semangat buat atlet yang lain untuk turut mempunyai keyakinan yang tinggi dan percaya pada diri sendiri bahawa tiada yang mustahil,” katanya.

Malaysia pernah memenangi pingat emas acara terbabit sebanyak dua kali iaitu pada Sukan Asia 1990 di Beijing, China dan edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.

Kejayaan trio sepak takraw hari ini bermakna kontinjen negara menambah satu lagi pingat emas dalam koleksi menjadikan empat emas setakat ini dan perlu memburu tiga lagi untuk mencukupkan tujuh pingat emas yang menjadi sasaran kontinjen negara pada Sukan Asia ke-18 ini. – BERNAMA

Kategori