• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Lagi Sebut ‘Merdeka’ Rai 31 Ogos!

oleh
11/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANSUH… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedikit demi sedikit mula hapus segala sejarah negara waima yang bersifat kenegaraan hanya kerana ia warisan tinggalan era Barisan Nasional (BN) lalu.

Sebelum ini pentadbiran baharu pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak drastik arah apa sahaja yang ada lambang ‘1Malaysia’ dipadam bagi elak rakyat kenang jasa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terbaharu, kerajaan PH mula berkelakuan lebih biadab apabila mengarahkan semua pihak tidak lagi menyebut perkataan ‘Merdeka’ bagi merujuk sambutan kemerdekaan negara pada tarikh 31 Ogos yang bakal dirayakan itu.

Perkara itu tular diperkatakan netizen tempatan susulan ‘bocor’ satu pekeliling daripada Sekretariat Merdeka, Unit Pengurusan Acara, Bahagian Khidmat Pengurusan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini.

Menerusi memo pelik itu, pegawai sekretariat berkenaan memaklumkan bahawa mesyuarat jawatankuasa induk sambutan pada 3 Julai lalu turut larang sebut bilangan ulang tahun usia negara sejak 1957 seperti Merdeka Ke-61.

Sebaliknya, sebarang ucapan atau iklan promosi khas disiarkan menerusi media atau gegantung sempena dengan perayaan bagi tarikh bersejarah itu hanya boleh dinyatakan seperti Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2018.

Baca: Arahan Pelik Hasut Murid Supaya ‘Buta’ Sejarah

Juga: DAP Dakwa Buku Sejarah SPM Propaganda BN

Dan: Usaha Tutup Klinik 1Malaysia? Terima Kasih PH!

Alasan diberi konon demi jaga sensitiviti hubungan dengan Sabah dan Sarawak kerana dua negeri itu belum lagi merdeka pada tarikh 31 Ogos 1957 serta masih di bawah jajahan Inggeris sebelum menyertai Malaysia pada 1963.

Jika itu niatnya, ada pengguna media sosial tempatan khasnya di Johor mengimbau keadaan kes ini sebagai mana berlaku di negara jiran, Singapura apabila pihak kerajaan PAP-nya ‘ubah’ realiti sejarah sebenar republik tersebut.

Ini mengakibatkan generasi muda Singapura ‘buta sejarah’ lebih bangga berkata konon negara pulau itu dibuka Sir Stamford Raffles sekitar kurun ke-19, berbanding faktanya oleh putera raja, Sang Nila Utama pada awal abad ke-14.

Justeru, ada netizen mendakwa pengharaman berbaur aneh itu bersifat politik kerana umum maklum, ungkapan ‘Merdeka’ dipopularkan oleh bapa kemerdekaan yang juga bekas presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra.

Perkataan tersebut malah dilaungkan sebanyak tujuh kali oleh perdana menteri pertama itu sambil disambut lebih 20,000 penonton serta disaksikan raja-raja Melayu dan 30 perwakilan asing di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Namun, langkah pemansuhan perkataan ‘Merdeka’ agak janggal kerana masyarakat hari ini lebih bersikap terbuka dalam semangat Malaysia Baharu di bawah pentadbiran PH sejak BN tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Walhal dari segi sejarah, istilah ini berasal dari bahasa Sanskrit, maharddhika bererti makmur dan diserap bahasa Melayu sejak abad ke-15 sebelum diucapkan oleh Presiden Sukarno ketika isytihar Indonesia merdeka pada 1945.

Untuk rekod, tarikh kemerdekaan negara dipilih Syeikh Abdullah Fahim, Mufti Kerajaan Pulau Pinang yang juga tokoh falak terkenal dan datuk kepada bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. – Mynewshub.TV

Tags: Hari Kebangsaanmerdeka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

Penutupan Sementara Ruang Udara Sempena Hari Kebangsaan – CAAM

25/08/2025
0

Putrajaya: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) hari ini mengumumkan penutupan ruang udara di Kawasan Kawalan Terminal Kuala Lumpur dari...

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

08/08/2025
0

CYBERJAYA - Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd