• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu BR1M, Janji 100 Hari PH Tak Gugat Pengundi Seri Setia

oleh
31/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar yakin isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan janji 100 hari kerajaan PH tidak akan memberi kesan kepada rakyat Selangor khususnya pengundi di kawasan DUN itu.

Ini kerana, beliau berkata program Inisitif Peduli Rakyat (IPR) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor lebih besar sumbangannya dan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.

“Mereka (penduduk Seri Setia) tidak pernah bertanya dan tidak pernah sebut pun mengenai BR1M atau janji tersebut ketika ditemui,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pihak pembangkang ketika kempen PRK DUN Balakong yang mendakwa isu BR1M atau janji 100 hari kerajaan PH akan memberi kesan kepada pengundi.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dimansuhkan sepenuhnya selain melabel inisiatif itu sebagai satu bentuk rasuah dan tidak diagihkan secara saksama kepada kumpulan yang sepatutnya.

​​​​​​​IPR pula telah diperkenalkan melalui inisiatif kerajaan Selangor meliputi 17 perkara termasuk pembiayaan pelajaran, perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan, pembiayaan pembelian rumah, dan pemberian air percuma 20 meter padu setiap bulan bagi rakyat negeri itu.

Sementara itu, dalam mesej bersempena Hari Kebangsaan ke-61, Halimey menyeru golongan muda supaya sentiasa menyemai semangat patriotik dalam diri masing-masing.

“Semoga penyuburan semula semangat patriotik ini akan mengukuhkan lagi rasa sayang kepada negara tercinta,” katanya.

Pada PRK Seri Setia 8 Sept ini, Halimey yang merupakan bekas Anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya berdepan pertandingan satu lawan satu menentang calon PAS, bekas anggota Exco kerajaan Selangor Dr Halimah Ali.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Shaharuddin Badaruddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: BR1MHalimey Abu BakarPRK Seri Setia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jadi Patung Antara Gelagat Sambutan Hari Kebangsaan

Next Post

SST: Peniaga, Pengusaha Dapat Makluman Harga Baharu Isnin

Related Posts

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

Lebih Baik BR1M Daripada PSP ‘RM1 Sehari’

08/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pemberian Program Subsidi Petrol (PSP) dilancarkan kerajaan semalam memperuntukkan RM1 sehari kepada penerimanya membuktikan kerajaan Pakatan Harapan...

Next Post

SST: Peniaga, Pengusaha Dapat Makluman Harga Baharu Isnin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd