• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ismail Sabri Nafi Ditolak Pemimpin UMNO Selangor

oleh
01/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan terdapat ramai ketua bahagian parti berkenaan di negeri ini menolak pelantikannya ke jawatan Pengerusi Badan Perhubungan negeri itu bagi menggantikan Tan Sri Noh Omar.

Katanya isu berkenaan sengaja dimainkan oleh Pakatan Harapan bagi melemahkan UMNO Selangor terutamanya semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

“Isu ini timbul semasa kita sedang berkempen di PRK DUN Sungai Kandis sedangkan lantikan saya sebelum PRK lagi, malah saya juga sudah melakukan mesyuarat bersama semua ketua bahagian di sini dan isu mengenai pelantikan saya tidak berbangkit,” katanya kepada pemberita di program bersama pengundi di Kampung Jawa Klang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO,Datuk Noraini Ahmad.

Akhbar sebelum ini melaporkan majoriti Ketua UMNO Bahagian di Selangor menolak pelantikan beliau ke jawatan berkenaan.

Sementara itu mengulas mengenai isu tiada kenyataan rasmi dari PAS dalam menyatakan sokongan kepada calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dalam PRK DUN berkenaan, Ismail Sabri berkata ia tidak perlu sebarang kenyataan rasmi.

Tambahnya bagaimanapun beberapa ucapan pemimpin PAS sebelum ini secara tidak langsung menyatakan sokongan kepada Lokman Noor dalam PRK berkenaan.

“Malah calon kita (Lokman Noor) turut hadir di ceramah yang berlangsung markas mereka tanpa apa-apa halangan dan itu sudah cukup melihatkan mereka (PAS) bersama kita (BN), tagline mereka ‘asalkan bukan Pakatan Harapan, kita juga punyai tagline yang sama dan saya yakin mereka akan membantu kita.

“Mengenai tiada kenyataan rasmi itu merupakan pandangan sesetengah pihak dan saya hormatinya,” katanya.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Dalam PRK berkenaan, Lokman Noor berhadapan dengan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, K. Murthy, Ia merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU ke 14. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabri Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

Zahid Sedia Dedah Surat RoS UMNO, Sahut Cabaran Ismail Sabri

05/03/2023
0

ALOR SETAR: UMNO sedia mendedahkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk membuktikan badan itu menerima usul dibuat ketika Persidangan...

Pangkat Dalam Parti Tiada Makna Jika BN Kalah PRU15 -PM

Pangkat Dalam Parti Tiada Makna Jika BN Kalah PRU15 -PM

16/11/2022
0

BERA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta ahli dan kepemimpinan UMNO supaya tidak menyentuh dan bercakap soal pemilihan parti sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd