• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Islamofobia Sambut Pelarian Yaman di Korea Selatan

oleh Haris
14/08/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMOFOBIA kini memarakkan api kebencian penduduk Korea Selatan terhadap pelarian Yaman yang tiba di pulau Jeju awal tahun ini.

Seramai 550 pelarian Yaman memohon suaka politik di Korea Selatan, tetapi dianggap sebagai menakutkan dan akan menyusahkan orang tempatan.

Seramai 2.2 juta pendatang tinggal di Korea Selatan hari ini, tetapi kehadiran pelarian dari Yaman yang dilanda perang di Jeju pada bulan April mencetuskan protes besar-besaran di Seoul.

Ramai menyebarkan cerita yang didengar dari orang lain, dibaca di laman internet dan didengari dari televisyen, yang menurut penganalisis, hampir sama dengan sikap ramai orang Korea yang kurang terdedah dengan dunia luar.

Kadar penerimaan pelarian oleh Korea Selatan ialah sekitar 4 peratus. Dari 1994 hingga Jun 2018, ia menerima 42,009 permohonan.

Daripada 20,974 permohonan yang diserahkan, hanya 849 diluluskan dan diberikan status pelarian, manakala 1,550 diberikan status kemanusiaan, satu bentuk permit yang perlu diperbaharui selepas enam bulan.

Jeju mempunyai populasi seramai 600,000 dan satu tinjauan melibatkan 500 orang baru-baru ini mendapati 90 peratus rasa tidak selamat dengan kedatangan pelarian Yaman.

Cerita-cerita rekaan dan propaganda anti-Islam telah meningkat dan tersebar menyebabkan protes di seluruh Korea Selatan.

Perkembangan ini yang tidak ditangani oleh kerajaan dibimbangi memburukkan lagi keadaan.

Ini juga disebabkan oleh fenomena kecenderungan orang Korea menyalahkan orang luar atas semua keburukan yang berlaku.

Keadaan diburukkan lagi kerana tidak ramai orang Korea mempunyai pengalaman hidup dengan orang Islam dalam masyarakat.

Sabtu lalu, seramai 100 orang menyertai protes antipelarian di ibu negara, Seoul, menuntut kerajaan menghalau pelarian Yaman yang didakwa “pelarian palsu” dari Jeju dan tidak menerima lagi pelarian.

Pelarian Yaman terbabit dilabel “pelarian palsu” kerana orang awam Korea berpandangan pelarian mesti miskin dan tidak berpakaian sempurna.

Seorang peserta gerakan protes itu dilapor berkata kebanyakan daripada pelarian tersebut lelaki dan mereka mempunyai iPhone dan iPad, kelihatan seperti pelancong.

Mereka yang terlibat dalam protes semuanya mempunyai pandangan anti-Islam yang kuat, dan tidak melayan pertanyaan mengenai sikap mereka.

Menurut pemerhati, mereka yang terlibat dengan protes tidak mempunyai pengetahuan tentang Islam.

Mereka menerima berita palsu tentang Islam yang sangat provokatif, seperti mendakwa semua orang Islam ialah teroris dan suka mencabul, yang semuanya dikongsi dengan meluas di media sosial.

Kebanyakan ahli politik tidak berani bercakap tentang isu ini, manakala badan kebajikan yang membantu berdepan ancaman.

Jun lalu, Yaman dikeluarkan dari senarai negara yang dibenarkan visa ketibaan di pulau Jeju.

Seramai 700,000 rakyat Korea Selatan telah memfailkan petisyen dalam talian mendesak kerajaan menghentikan dasar mengecualikan visa untuk Yaman dan segera menghantar pulang “pelarian palsu” itu.

Kerajaan kemudian mengumumkan Akta Pelarian negara itu diketatkan, yang dianggap pengkritik sebagai menerima tuntutan antipelarian tersebut.

Pada masa yang sama, protes di Seoul menjadi-jadi dan sentimen kebencian semakin kuat kedengaran.

Pihak penganjur protes dalam usaha menarik sokongan menunjukkan video perang di Asia Barat, sambil memberi amaran perkara sama boleh berlaku di Korea Selatan jika pelarian Yaman tersebut diberikan status pelarian yang sah oleh kerajaan.

Bagaimanapun, masih ada rakyat Korea yang membantu pelarian di Jeju dan berharap kerajaan akan mengambil pendirian lebih tegas. – Al-Jazeera/Mynewshub.tv

Tags: Korea SelatanPelarianYaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd