• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Beri Pandangan Selepas ‘Bulan Madu’ PH Berakhir

oleh
08/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau akan mula memberikan pandangannya terhadap isu-isu berkaitan kementerian itu dan penggantinya, Mohamad Sabu, selepas tempoh ‘bulan madu’ kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) berakhir.

Pakatan Harapan (PH), yang membentuk kerajaan baharu selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) pada 9 Mei lepas menawarkan pelbagai janji melalui manifestonya termasuk 10 janji yang diikrar akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Hishammuddin, yang juga Anggota Parlimen Sembrong, berkata beliau akan memberikan pandangannya terhadap isu-isu kementerian selepas tamat tempoh 100 hari itu.

“Saya akan berikan pandangan, pertamanya mengenai kedudukan Pusat Keamanan Antarabangsa King Salman (KSCIP). Tetapi ada banyak isu lain (iaitu) mengenai aset ketenteraan, kebajikan anggota tentera serta keluarga mereka dan anggota veteran,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mohamad dalam jawapan bertulisnya kepada Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) di Dewan Rakyat pada Isnin mengumumkan bahawa kerajaan telah menghentikan operasi KSCIP dan pejabat sementaranya di Jalan Ampang di sini juga telah diarahkan tutup serta-merta.

Diminta mengulas prestasi Mohamad setakat ini, Hishammuddin enggan mengulas lanjut dan berkata beliau memberi masa secukupnya kepada Mohamad untuk mempelajari selok-belok kementerian.

Sementara itu, Hishammuddin berharap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diberi layanan baik sepanjang beliau menjalani proses undang-undang.

Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd, dalam dua akaun miliknya, empat tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd