• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harley-Davidson Lancar Motosikal Elektrik

oleh
07/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Kelihatan bentuknya sangat kecil berbanding reka bentuk asal, namun motosikal dikuasai oleh tenaga elektrik ini amat sesuai untuk penunggang berusia dari 18 tahun hingga 35 tahun.

Ia juga sesuai untuk golongan wanita dan dijangka memenuhi setiap ruang kedai gaya moden di kawasan bandar, sekali gus membuatkan pengeluarnya sendiri Harley-Davidson, hampir sahaja tidak dikenali ramai pengguna.

Syarikat automobil berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) itu berdepan dengan kejatuhan dalam penjualan motosikal-motosikalnya dan hari ini, berharap untuk dapat memperluaskan lagi daya tarikannya.

Ini termasuk memperkasa jualan dengan pelancaran produk motosikal yang baharu. Pada tahun depan, syarikat itu rancang untuk mengeluarkan model LiveWire, motosikal elektronik pertama yang dikeluarkan komersial di AS.

Harley-Davidson, yang dikenali melalui penggera enjin yang sangat kuat, berkata bahawa LiveWire tidak akan ada fungsi cekam (clutch) dan tidak ada gear yang bermatlamat untuk menjadikan motosikal itu boleh diakses.

Ini bermakna ia digunakan oleh semua khalayak ramai. Prototaip model ini sebenarnya sudah dikeluarkan pada 2014 di AS sebelum diuji di Eropah setahun kemudian oleh ramai pengkritik motosikal dari pelbagai negara.

Idea terhadap produk dan inisiatif strategik itu bermula apabila Harley-Davidson mendapatinya dirinya berdepan dengan situasi yang membahayakan. Syarikat itu berdepan dengan isu penurunan dalam penjualan.

Begitu juga bilangan penunggang motosikal semakin kurang berikutan kritikan daripada Presiden AS, Donald Trump atas keputusannya untuk memindah dan menghentikan pengeluaran motosikal yang dijual di benua Eropah.

Ia bagi mengelakkan tarif yang dikenakan oleh pihak Kesatuan Eropah (EU) terhadap eksport barangan AS. Di samping itu niatnya untuk memberikan satu pembaharuan kepada pengguna setia produk yang sedia ada.

“Kami juga akan membawa satu revolusi kebebasan terhadap mesin dua roda ini sekali gus beri inspirasi kepada pengguna masa hadapan yang masih belum fikir betapa seronoknya menunggang motosikal,” kata Matt Levatich.

Ketua Pegawai Eksekutif Harley-Davidson itu menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa syarikat itu juga akan membuka lebih banyak premis jualan skala kecil di kawasan bandar bagi memperluaskan lagi empayarnya.

Dengan jumlah jualan yang semakin meningkat khususnya di benua Asia, jurucakap syarikat tersebut berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk mencipta motosikal yang lebih kecil saiznya.

Ini melibatakan kuasa hanya antara 250 hingga 500 enjin padu-sentimeter untuk menjadikannya lebih mudah diakses dan senang untuk digunakan di benua tersebut terutama di India yang memiliki 1 bilion penduduk.

Syarikat itu turut berkata bahawa LiveWire akan diikuti dengan lebih banyak inovasi terhadap motosikal elektrik dalam masa beberapa tahun akan datang dalam usaha mereka untuk menjadikannya lebih ringan dan juga kecil.

Tetapi syarikat itu belum ada sebarang perancangan untuk menarik kembali pembuatan motosikal yang besar dan produk baharu itu nanti akan dilengkapi dengan teknologi ‘Touring and Cruiser’ yang lebih maju dan moden.

Secara keseluruhan, Harley-Davidson merancang pengeluaran sekitar 100 model motosikal baharu dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Pada ketika itu nanti, ia juga akan memperoleh sekitar dua juta penunggang.

Ini sekali gus meningkatkan kembali jualan mereka yang sebelum ini telah menurun. Jualan di AS alami penurunan sekitar 6.4 peratus semasa suku tahun ini dan meningkat kepada 8.7 peratus pada pertengahan tahun ini.

Penjualan di Kanada pula jatuh kepada 0.5 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu dan menurun lagi kepada 4.9 peratus dalam tempoh enam bulan yang lalu. Pada masa yang sama, penunggang akan semakin menua usianya.

Persatuan Industri Motosikal mengatakan bahawa umur pemilik motosikal di AS meningkat daripada 32 tahun kepada 47 tahun sejak tahun 1990. Lebih kurang 46 peratus penunggang motosikal berumur lebih 50 tahun.

Kira-kira 10 peratus adalah mereka berumur 30 hingga 34 tahun. Samantha Kay, seorang penduduk Milwaukee yang baru-baru ini belajar tunggang motosikal, berkata bahawa dia tidak terfikir Harley-Davidson akan mengeluarkan motosikal elektrik itu namun dia gembira menyambut berita tentang produk terbaharu, LiveWire itu.

“Saya lebih berkeinginan untuk membeli motosikal itu berbanding motosikal tradisional,” kata Kay yang berusia 25 tahun, sambil menambah bahawa dia selalu menunggang motosikal berenjin untuk ke pergi ke sekolah menengah dan kolej serta menggangap model motosikal elektrik yang lebih kecil sangat mudah untuk dipandu khususnya di kawasan bandar.

“Model-model ini akan dikeluarkan pada tahun-tahun yang akan datang dan berpotensi sangat mudah untuk didekati oleh orang ramai,” kata Robert Pandya, bertanggungjawab dalam menguruskan perhubungan awam untuk Motosikal India dan Motosikal Kemenangan.

Pada tahun lepas, beliau telah melancarkan ‘Give a Shift’, sebuah kumpulan sukarelawan membincangkan idea-idea dalam usaha mereka untuk mempromosikan motosikal.

“Ia boleh memudahkan kehidupan anda,” katanya mengenai model motosikal elektrik yang lebih kecil.

“Ia mungkin memintas keperluan pelesenan di negeri-negeri tertentu dan merupakan penukar permainan yang sebenar,” tambahnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Harley Davidson
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harley Pamer Motosikal Elektrik Pertama

10/01/2019
0

HEBAT... Harley-Davidson mula mempamerkan motosikal elektrik pertama keluarannya pada pameran kenderaan yang diadakan di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat (AS)...

Perang Dagang: Trump Sokong Boikot Harley

13/08/2018
0

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump menulis di Twitter menyokong pemilik motorsikal berkuasa tinggi Harley-Davidson yang merancang untuk memboikot syarikat itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd