• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Projek Perumahan Generasi Kedua Felda Jelai Dipercepat

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEMAS – Kerajaan Negeri Sembilan akan berbincang dengan pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ( FELDA) untuk mempercepatkan pembinaan rumah generasi kedua di Felda Jelai dekat sini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata perkara itu akan diusulkan kepada pihak FELDA dalam masa terdekat.

“Kita mendapat maklum balas daripada masyarakat di kawasan ini yang memerlukan rumah yang lebih selesa memandangkan buat masa ini mereka tinggal menyewa di kawasan rumah setinggan dan ada yang mendirikan rumah di tanah rizab yang kecil dan ada juga balai raya yang diubah menjadi rumah.

“Keadaan rumah yang sangat kecil dan sempit itu tidak sesuai untuk dijadikan sebagai tempat tinggal. Jadi saya akan berbincang dengan pihak FELDA bagi mempercepatkan pembinaan perumahan untuk generasi kedua ini ” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Korban Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan dan Jamuan Bersama Rakyat Felda Jelai, Gemas.

Sementara itu, Aminuddin berkata beliau akan berbincang dengan pihak polis untuk menambah anggota pasukan keselamatan di kawasan Felda Jelai bagi memastikan kemananan di kawasan ini.

“Saya mendapati hanya dua orang polis menjaga di kawasan ini yang mempunyai seramai 22,000 penduduk.

“Saya rasa ini adalah sesuatu yang amat kritikal dan memerlukan sedikit penambahan keanggotaan polis memandangkan kawasan ini mempunyai bilangan penduduk yang ramai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Generasi Kedua Felda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peruntukan PBT Disemak Jika Gagal Lantik 30% Wanita

Next Post

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

Related Posts

Generasi Muda Felda Kini Bijak Raih Peluang

22/03/2018
0

JOHOR BAHRU - Warga Felda kini tidak lagi bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata sebaliknya menjadikan setiap peluang serta bantuan yang...

Generasi Kedua Felda Terima Surat Tawaran Perumahan

26/11/2017
0

KOTA TINGGI - Sebanyak 360 surat tawaran perumahan untuk generasi kedua Felda Sungai Sibol dan Felda Penggeli Timur diserahkan kepada...

Next Post

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd