• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamil Anak Sulung Julia Ziegler Naik 10kg

oleh
03/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: – Pelakon berdarah campuran, Julia Ziegler sah hamil empat bulan.

Berkongsi berita gembira itu, Julia memberitahu, berat badannya naik 10 kilogram (kg) selepas berbadan dua.

“Jika diikutkan, sejak trimester pertama hingga sekarang, saya tak berdepan alahan teruk.

“Cuma tak henti makan itu dan ini…. Akhirnya, berat badan saya naik 10 kg. Memang selera makan saya bertambah.

“Saya paling gemar masakan India seperti tosei manakala juadah Thailand seperti tomyam saya tak boleh makan.

“Seperkara lagi, saya jadi ‘hantu’ buah durian. Cuma saya dinasihat usah lupa diri kerana bimbang dengan bayi dikandung,” katanya kepada BH Online di sini, hari ini.

Julia atau nama penuhnya, Julia Bob Fauzi Ziegler berkahwin dengan jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Tambah Julia, dia cepat letih sepanjang tempoh trimester pertama.

“Badan saya macam tiada tenaga… Asyik makan dan tidur saja. Manalah berat badan tak naik.

“Cuma ketika ini, saya lebih bertenaga dan aktif. Saya biasakan diri membuat kerja rumah termasuk memasak,” katanya.

Berikutan keadaannya, Julie mengelak berlakon terutama bagi drama panjang.

“Kalau telefilem bolehlah dipertimbangkan. Tapi masalahnya, tiada tawaran berlakon pun. Mungkin produksi tak mahu ajak saya berlakon kerana berat badan meningkat,” katanya berseloroh.

Mengenai jantina bakal anak, Julia dan suami berserah kepada Tuhan.

“Apa saja rezeki Allah beri, kami terima dengan tangan terbuka. Kami pun tak merancang ingin tahu jantina bakal anak. Biarlah ia jadi kejutan buat masa ini,” katanya. – BHOnline

Tags: Artis HamilJulia Ziegler
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM Kongsi Kesedihan Pemergian Adun Seri Setia

Next Post

MP PAS Kesal Sikap Timbalan Menteri Beragama Islam

Related Posts

Aidil Menangis Kerana Fasha Hamil

22/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Pelakon Aidil Aziz berkongsi berita gembira dengan netizen apabila memaklumkan isterinya, Fasha Sandha sedang hamil tiga minggu....

Bakal Sambut Anak Lelaki Berat Adira Cecah 72kg

02/08/2018
0

PENYANYI Adira Suhaimi bakal menimang cahaya mata lelaki pada awal bulan hadapan. Adira, 27, berkata dia gembira apabila mendapat tahu...

Next Post

MP PAS Kesal Sikap Timbalan Menteri Beragama Islam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd