• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Sambut Anak Lelaki Berat Adira Cecah 72kg

oleh
02/08/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Adira Suhaimi bakal menimang cahaya mata lelaki pada awal bulan hadapan.
Adira, 27, berkata dia gembira apabila mendapat tahu berita tersebut.

“Alhamdulillah, bayi dalam kandungan sihat. Insya Allah saya akan melahirkan anak lelaki. Apabila dimaklumkan perkara ini, saya sangat gembira. Jadi, cukup sepasang.

“Cuma, sejak kehamilan saya kerap demam. Mungkin ia pembawaan budak. Disebabkan itu, saya banyak menghabiskan masa di rumah. Kalau keluar pun pergi tempat yang tidak ramai orang.

“Saya juga ambil keputusan berehat daripada menyanyi sejak usia kandungan tujuh bulan. Saya mahu berehat dan fokus kepada kandungan,” katanya.

Berkongsi mengenai kehamilan keduana itu, Adira berkata selera makannya bertambah hingga berat badan naik mencecah 72 kilogram berbanding sebelum ini 42 kilogram.

“Ketika mengandungkan anak sulung, berat badan naik dan saya kelihatan sangat gemuk. Sama macam sekarang. Ditambah pula selera makan bertambah.

“Pada mulanya risau juga kalau terkena kencing manis, tetapi selepas membuat pemeriksaan doktor memaklumkan keadaan kesihatan okey.

“Cuma, untuk proses bersalin nanti saya berharap dapat bersalin normal kerana anak sulung dilahirkan secara pembedahan. Jadi, doakan segalanya dipermudahkan nanti,” katanya.

Adira berkahwin sebagai isteri kedua kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Anggerik pada 10 Mac 2017 yang kini berusia setahun enam bulan. – myMetro 

 

Tags: Adira SuhaimiArtis Hamil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adira Ubah Fikiran Mohon Cerai Demi Anak-Anak

15/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Adira dilaporkan mengubah keputusannya untuk permohonan cerai dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red. Adnan...

Suami Tidak Tahu Adira Fail Cerai

09/10/2019
0

SUAMI kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu mendakwa tidak tahu isterinya itu memfailkan perceraian di Mahkamah Mahkamah Rendah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd