• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Halimey Gunakan Kempen Ingatkan Pengundi Keluar Mengundi

oleh
19/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar akan mempergiatkan kempen bagi menyeru pemilih berdaftar keluar mengundi pada PRK itu, 8 Sept ini.

Katanya, beliau juga akan menggunakan tempoh 21 hari berkempen sebaiknya dengan turun padang bagi mengingatkan pengundi supaya menunaikan tanggungjawab mereka.

“Menerusi tempoh berkempen itu kita akan rangka beberapa strategi termasuk bertemu pengundi untuk mengingat dan menasihatkan mereka supaya keluar mengundi.

“Kita tidak mahu menjadi seperti PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas, yang mana hanya separuh daripada pengundi berdaftar dari kawasan itu keluar mengundi,” katanya dalam sidang media pada hari kedua kempen PRK itu, di sini, hari ini.

Jelas Halimey, jumlah peratusan keluar mengundi itu penting bagi memastikan kerusi DUN tersebut kekal menjadi milik PH.

Menurut beliau, ia juga bagi membolehkan program Inisiatif Peduli Rakyat yang dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan Selangor dapat diteruskan dengan jayanya.

​​​​​​​“Apabila calon dari parti kerajaan hari ini dipilih ia lebih memudahkan urusan kerana kerajaan pusat dan kerajaan negeri adalah dari parti yang sama,” katanya.

Sebelum ini, rekod menunjukkan jumlah peratusan keluar mengundi ketika PRK Sungai Kandis hanya 49.4 peratus berbanding 80 peratus yang disasarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

DUN Seri Setia mempunyai seramai 53,492 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 50,692 pengundi biasa, 2,770 pengundi awal dan 30 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Dalam pada itu, Halimey berkata sepanjang berkempen juga pihaknya akan memperkenalkan logo rasmi baharu PH kepada pengundi di kawasan itu.

“Kita akan menggunakan pendekatan berjalan kaki untuk memperkenalkan logo tersebut secara total walaupun saya lihat rata-rata pengundi di sini sudah pun mengenali logo baharu PH,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan berkata tempoh berkempen 21 hari bagi PRK DUN Seri Setia dan Balakong akan digunakan sebaik mungkin untuk memperkenalkan logo rasmi baharu PH.

Wan Azizah berkata itu adalah pertama kali logo baharu PH digunakan dan diketengahkan dalam PRK. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Satelit Pertama Ukur Angin Bakal Dilancarkan

Next Post

Atlet Tak Perlu Bimbang Keadaan Jerebu Di Indonesia

Related Posts

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di...

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

Next Post

Atlet Tak Perlu Bimbang Keadaan Jerebu Di Indonesia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd