Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Terkini: Angka Kematian Meningkat...

MATARAM - Angka kematian akibat gempa bumi di pulau Lombok meningkat kepada 82...

Mat Rempit Cemari Dataran...

Kuala Lumpur - Bahaya dan berisiko maut. Begitu gambaran tindakan tidak bertanggungjawab segelintir...

Malaysia Gagal Penuhi Sasaran...

MANILA - Kontinjen Malaysia dengan penyertaan besar 773 atlet gagal mencapai sasaran 70...

Salahuddin Berada Dalam Keadaan...

KUALA TERENGGANU : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk...

Atlet Tak Perlu Bimbang Keadaan Jerebu Di Indonesia

JAKARTA – Atlet negara yang bertanding pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 tidak perlu bimbang mengenai keadaan jerebu yang sedang melanda Indonesia, ketika ini.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia dan Institut Sukan Negara sudah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan atlet negara berada dalam prestasi terbaik bagi menghadapi Sukan Asia kali ini.

“Setakat ini, saya difahamkan keadaan adalah terkawal, Alhamdulillah dan atlet setakat ini tidak berdepan sebarang masalah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke perkampungan atlet negara di Kemayoran, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai hasil lawatannya hari ini, Syed Saddiq berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) terhadap atlet negara terutamanya kemudahan disediakan di perkampungan atlet yang serba lengkap.

Dalam pada itu, Syed Saddiq percaya kontinjen negara mampu melakar keputusan lebih baik pada edisi ke-18 temasya Sukan Asia berdasarkan prestasi semasa yang ditampilkan atlet negara.

“Saya amat gembira dengan pingat pertama disumbangkan oleh atlet taekwando dan ini sesuatu yang tidak dijangka,” katanya.

Malaysia sah meraih pingat pertama Sukan Asia 2018 setelah Yap Khim Wen mara ke peringkat separuh akhir dalam acara Poomsae individu wanita yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Jakarta, hari ini. – BERNAMA

Kategori