• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajibkan Rumah Baharu Dipasang Internet

oleh
02/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bercadang menggubal satu rang undang-undang (RUU) bagi mewajibkan setiap pembinaan bangunan baharu menyedia akses kepada internet.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata melalui penggubalan RUU itu, kemudahan akses internet boleh dikategorikan sebagai utiliti seperti bekalan elektrik dan air untuk setiap unit rumah.

“Sekiranya (internet) ia menjadi satu asas hak asasi manusia ia boleh dikategorikan sebagai utiliti… kita juga ada keperluan untuk pastikan semua rumah bersambung dengan fiber.

“Saya juga akan minta bantuan dan sokongan kerajaan negeri supaya kita boleh pastikan semua bangunan pada masa depan ada termasuk dalam syarat-syarat seperti mana keperluan syarat elektrik dan air, juga keperluan untuk sambungan internet,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mencadangkan supaya pemaju perumahan diwajibkan memasang jalur lebar di setiap pembangunan perumahan baharu bagi membantu sasaran liputan jalur lebar lebih meluas dapat dicapai. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

Gobind Dakwa 5,000 Hadir Program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP

26/04/2026
0

PUCHONG - Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mendakwa lebih 5,000 orang menghadiri program Selangor Bangkit Bersama Rocket DAP Bandar...

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

DAP Bina Malaysia Yang Bersatu, Kuat Dan Berjaya – Gobind

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menyeru seluruh ahli dan penyokong parti itu untuk terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd