• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Pendidik Disaran Terap Nilai Manusiawi Kepada Pelajar

oleh
29/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Golongan pendidik disaran menerapkan nilai manusiawi dalam proses pengajaran, sebagai usaha membina generasi masa depan yang berpekerti mulia.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah itu juga sekaligus dilihat mampu mendorong ke arah perubahan akhlak yang baik dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Jika sebelum ini, pelajar kita diterapkan dengan 3M iaitu menulis, membaca, mengira…saya rasa kita perlu tambah lagi satu M iaitu manusiawi.

“Sifat manusiawi ini perlu diterapkan oleh guru kepada setiap diri pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah lagi supaya dapat membentuk mereka dengan sahsiah yang baik seperti bersikap rajin dan pembersih,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian seminar Profesional Pendidik Guru Muda peringkat kebangsaan di sini, malam ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dan Ketua Penggerak Guru Muda Malaysia Rahmat Sholihin Mokhtar.

Maszlee berkata sebagai ‘role model’ kepada pelajar, golongan pendidik turut disaran menunjukkan nilai sahsiah yang positif untuk dicontohi.

“Peranan pendidik dan guru ini besar… untuk melahirkan pelajar yang baik pastikan guru itu juga mestilah seorang yang mempunyai sahsiah yang baik.

“Janganlah dilihat mengajar itu sebagai beban, berikanlah contoh yang baik ketika mengajar termasuklah tidak melabelkan pelajar itu dengan kata-kata yang negatif, “katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

PRN Johor: Maszlee Calon Menteri Besar Pakatan Harapan?

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Spekulasi mengenai bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor jika Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd