• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi 6.9 Magnitud Gegar Lombok

oleh Ahmad Albab
20/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOMBOK – Gempa bumi kuat menggegarkan Lombok, Indonesia, sebentar tadi, dua minggu selepas satu gempa bumi mengorbankan lebih 480 orang di pulau peranginan itu.

Gempa bumi terbaharu itu berlaku beberapa jam, selepas satu lagi gempa bumi, semalam yang mencetuskan tanah runtuh, merosakkan bangunan dan menyebabkan penduduk lari bertempiaran.

Menurut Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi 6.9 magnitud itu berlaku pada kedalaman cetek 20 kilometer dengan pusat gempa hanya kira-kira lima kilometer di selatan kawasan Belanting, timur Lombok.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan, katanya.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kerosakan akibat gempa bumi itu yang berlaku dalam daerah sama gempa bumi terdahulu, awal semalam.

Namun, seorang penduduk tempatan berkata, gegaran kuat menyebabkan beliau terbangun dari tidur.

“Gempa bumi ini amat kuat. Segala benda bergegar. Kami semua tidur dalam kem sementara. Gegaran berlaku, ketika saya baru saja melelapkan masa.

“Ramai berlari ke jalan dan ada yang menangis ketakutan,” katanya sambil menambah bekalan tenaga elektrik di kawasan itu turut terjejas. – AFP/BH ONLINE

Tags: gempa bumiLombok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd