• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Garis Panduan Berkonvoi Yang Lebih Jelas Akan Diusahakan

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan akan berusaha mengadakan garis panduan yang lebih jelas berkaitan aktiviti berkonvoi menggunakan kenderaan.

Timbalan Menterinya Datuk Kamarudin Jaffar berkata dengan semangat menyambut pelbagai perayaan atau program yang diadakan, garis panduan itu dilihat perlu bagi memastikan keselamatan peserta konvoi.

“Sudah tentu kita akan usahakan garis panduan itu dan saya yakin, kementerian telah tentukan garis panduan ini namun kita akan usahakan agar ia lebih baik, ” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Program Pelepasan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 Jabatan Penerangan peringkat Wilayah Persekutuan di Terminal Bas Bersepadu (TBS) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (Kandungan Digital) merangkap ketua konvoi, Datuk Sukari Ab Hamid.

Sementara itu, beliau turut menasihati peserta konvoi meningkatkan disiplin ketika berada dalam perjalanan terutama di lebuhraya.

“Berkonvoi ini satu aktiviti berkumpulan yang baik dan menandakan komitmen masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan saya percaya, menjelang sambutan hari kebangsaan ini, akan lebih ramai masyarakat yang berkonvoi.

“Sudah tentu kita harap mereka lebih menerapkan ciri-ciri keselamatan dan disiplin dalam berkonvoi itu termasuk menghormati dan bekerjasama dengan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 400 bendera diedarkan kepada orang ramai bagi menyemarakkan semangat patriotisme.

Bagi peringkat Wilayah Persekutuan, KMJG bermula pada 18 Ogos dengan menjelajahi tujuh lokasi perhentian, bermula dari Setiawangsa dan berakhir di Putrajaya petang nanti.

Secara keseluruhan, konvoi yang disertai 133 peserta dengan 56 kenderaan termasuk motosikal berkuasa tinggi ini menjelajahi 131 bandar dan pekan di Semenanjung Malaysia meliputi jarak 2,542 kilometer di 11 buah negeri, bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos lalu. – BERNAMA

Tags: garis panduankonvoi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peserta Konvoi Tak ‘Rem-Rem Motor’ Tunjuk Power – ADUN PAS

Peserta Konvoi Tak ‘Rem-Rem Motor’ Tunjuk Power – ADUN PAS

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Program 'Konvoi & Lepak Anak Muda Bersama YB' anjuran Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) dan Dewan Pemuda PAS...

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

UMNO Gesa Hentikan Polemik Garis Panduan Untuk Orang Islam

07/02/2025
0

SHAH ALAM - UMNO menggesa semua pihak supaya menghentikan polemik berhubung garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd