• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Minimum RM1,500: MTUC, MEF Beza Pendapat

oleh
02/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar gaji minimum RM1,500 yang dijangka diwartakan pada bulan ini, mendapat reaksi berbeza daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Presiden MTUC Datuk Abdul Halim Mansor berkata kongres itu menyokong penuh pelaksanaan kenaikan gaji minimum pekerja dalam tempoh lima tahun ini, namun dengan syarat tidak menekan mana-mana pihak terutama majikan.

“MTUC masih memperjuangkan kadar gaji minimum kepada pekerja ditetapkan tidak kurang daripada RM1,500. Pihak kami telah membuat keputusan mengenainya (kenaikan gaji minimum) menerusi hasil kaji selidik bersama Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) dan perbincangan Persidangan Perwakilan MTUC.

“Ia merangkumi beberapa aspek iaitu, gaji minimum tersebut perlu dilaksanakan hanya kepada pekerja tempatan dalam semua sektor selain kadar gaji itu perlu efektif dan selari dengan tanggungjawab kerja,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Abdul Halim berkata penetapan gaji minimum ini perlu dikaji setiap dua tahun bukan hanya dirancang dalam satu jangka masa sahaja, mengikut peruntukan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

Pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat semalam, Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran berkata pewartaan kadar gaji minimum baharu itu selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, dengan kajian setiap dua tahun.

Kula Segaran ketika menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) pada sesi itu, berharap had gaji minimum dapat dinaikkan sehingga RM1,500 menjelang satu penggal pentadbiran kerajaan PH.

Namun pandangan berbeza disuarakan Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan yang berpendapat bahawa tidak adil bagi majikan sekiranya kenaikan kadar gaji itu ditanggung sepenuhnya oleh majikan.

“Dalam manifesto PH pada PRU14, kerajaan PH berjanji membantu majikan dengan subsidi 50 peratus daripada apa jua nilai kenaikan gaji minimum, tetapi ketika ini kerajaan mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai dana untuk membayar subsidi itu.

“Persoalannya adakah ia sesuatu yang adil bagi majikan untuk menanggung 100 peratus kenaikan itu, sedangkan kerajaan sendiri sudah berjanji untuk beri subsidi,” katanya.

Shamsuddin berkata majikan sudah berdepan dengan beban kenaikan kos pembayaran gaji pada awal Januari lepas, apabila levi bagi pekerja warga asing perlu ditanggung oleh majikan.

Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata, kadar gaji minimum baharu itu turut dilihat lebih menguntungkan pekerja warga asing berbanding pekerja tempatan.

“Pekerja bergaji bawah RM1,200 di negara ini mencecah 1.9 juta orang dan hampir 95 peratus daripada jumlah itu adalah warga asing…apabila kadar baharu itu dilaksanakan, faedahnya akan lebih dinikmati pekerja warga asing berbanding warga tempatan sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gaji Minimum
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakai Apa Yang Mampu – Farahdhiya

Next Post

Tiada F1 Di Sepang – Syed Saddiq

Related Posts

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

TNB Boleh Jadi Contoh Pelaksanaan Gaji Minimum Kepada Syarikat Lain

30/10/2024
0

Kuala Lumpur : Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilihat sebagai kayu ukur terhadap pelaksanaan gaji minimum untuk diikuti syarikat lain apabila...

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

Gaji Minimum Bukan Gaji Permulaan Untuk Semua Pekerja – Sim

21/10/2024
1

Permaisuri : Kerajaan mengingatkan majikan supaya tidak menjadikan kadar gaji minimum yang baharu sebagai gaji permulaan kepada semua pekerja termasuk...

Next Post

Tiada F1 Di Sepang - Syed Saddiq

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd