• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Floria Diraja Putrajaya Dijangka Pengunjung Teramai 31 Ogos

oleh Ahmad Albab
24/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pameran flora antarabangsa tersohor, Floria Diraja Putrajaya 2018 yang akan membuka tirainya esok dijangka menerima pengunjung teramai pada 31 Ogos ini.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad berkata ini berikutan sambutan Hari Kebangsaan 2018 akan berlangsung di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

“Floria Diraja 2018 kini siap untuk menerima pengunjung, cuma ada beberapa perkara yang perlu diperkemas dan dicantikkan lagi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Taman Diraja Perak dan Floral Pavillion di tapak Floria Diraja Putrajaya 2018, di sini hari ini.

Pada prapelancaran Floria Diraja Putrajaya 2018 sebelum ini, Khalid dilaporkan berkata festival floria di Anjung Floria Event Centre, Presint 4 yang akan berlangsung sehingga 2 Sept itu dijangka menarik kira-kira 1.5 juta pengunjung.

Bertemakan “10 Kegemilangan Floria”, Floria Diraja Putrajaya 2018 memaparkan kesemua 10 jenis bunga yang menjadi tema Floria sejak 2007 hingga 2016 termasuk bunga raya, orkid, heliconia, ros, bunga kertas, lili dan kekwa.

Khalid berkata perasmian Floria Diraja Putrajaya 2018 akan disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah.

Menurutnya, kos penganjuran Floria Diraja Putrajaya 2018 ialah kira-kira RM3 juta iaitu RM2 juta daripada Kementerian Wilayah dan bakinya daripada Perbadanan Putrajaya. – BERNAMA

Tags: floraPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

06/09/2025
0

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan semula tampuk kuasa di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)...

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

03/08/2024
0

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd