• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem ‘Rise: Ini Kalilah’ Bakal Muncul Di Pawagam

oleh
06/08/2018
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Filem “Rise: Ini Kalilah” yang bertemakan perpaduan dan berinspirasikan pilhan raya umum 9 Mei lalu bakal muncul di pawagam seluruh negara dan dijangka ditayangkan bersempena Hari Malaysia, 13 Sept depan.

Penerbit filem itu Fred Chong berkata ‘Rise: Ini Kalilah’ merupakan sebuah filem berdurasi 100 minit yang mendapat inspirasi dari semua kelompok rakyat Malaysia yang berganding bahu keluar mengundi untuk sebuah negara yang baharu.

Katanya, filem itu juga merupakan satu penghargaan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan barisan kepimpinannya kerana berjaya mencapai matlamat yang boleh dikatakan hampir mustahil dilaksanakan.

“Penggambaran filem ini dijalankan di Malaysia, Singapura dan United Kingdom. Berlatar belakang detik-detik waktu mendebarkan dalam catatan sejarah Malaysia, projek filem ini dilancarkan tepat pada masa tatkala Malaysia mengalami perubahan yang terpenting selepas 61 tahun mendapat kemerdekaan,” kata beliau.

Bercakap pada sidang media yang turut dihadiri Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Chong berkata filem itu menampilkan kolaborasi tiga pengarah termasyhur iaitu Saw Teog Hin yang pernah mengarah filem Puteri Gunung Ledang, Nik Amir Mustapha (Terbaik Dari Langit) dan Prem Nath (Vere Vazhi Ille):.

“Mereka bertiga berjaya menempuhi cabaran yang paling getir untuk menghabiskan produksi filem dalam masa yang singkat iaitu sekadar tiga bulan sahaja.

“Filem ini dibintangi gandingan pelakon hebat iaitu Remy Ishak dan Mira Filzah, ” katanya. – BERNAMA

Tags: FILEM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes HFMD Menunjukkan Penurunan

Next Post

FAMA Cadang Buka 3 Pusat Proses Isi Durian Beku

Related Posts

Hero Filem Tamil Diserang Di Lapangan Terbang

04/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang pelakon lelaki, Maha Gandhi dilaporkan diserang oleh seorang lelaki di Lapangan Terbang Bengaluru, malam semalam. Kejadian dikatakan...

sooka Semarak Semangat Merdeka Dengan Kandungan Ikonik Tempatan

01/09/2021
0

sooka Menyemarakkan Semangat Merdeka dengan Kandungan Ikonik Tempatan

Next Post

FAMA Cadang Buka 3 Pusat Proses Isi Durian Beku

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd