• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Crazy Rich Asians Catat Rekod Box Office

oleh Haris
20/08/2018
dalam Artis, Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM dibarisi pelakon keturunan Asia, Crazy Rich Asians membuat kejutan apabila menduduki tempat teratas kutipan box office Amerika Syarikat untuk kutipan hujung minggu pembukaannya.

Filem terbitan Warner Brothers dibintangi Constance Wu dan Henry Golding itu merupakan komedi romantik pertama menduduki tempat teratas sejak tiga tahun lalu.

Sejak pembukaan lima hari lalu, filem yang menelan kos AS$30 juta itu telah mengutip AS$34 juta.

Filem ini merupakan filem Hollywood dari studio terkemuka pertama sejak The Joy Luck Club 25 tahun lalu dibintangi sepenuhnya pelakon keturunan Asia.

Adaptasi novel terkenal Kevin Kwan ini menceritakan kisah seorang wanita Asia-Amerika yang mengalami kejutan budaya apabila menemui keluarga teman lelakinya di Singapura yang kaya raya.

Menurut penganalisis, tema universal dan nilai hiburannya menjadikannya popular di kalangan penonton filem.

Jeff Goldstein, ketua pengedaran domestik Warner Brothers berkata promosi mulut ke mulut menyumbang kepada kejayaan filem ini.

“Filem ini penting dari sudut budaya dan amat unik kerana sudah lama tidak ada filem yang pelakonnya semua orang Asia.

“Ini merupakan salah satu projek yang seluruh studio menunjukkan minat yang sama.” – BBC

Tags: Filem Hollywood
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jalan Cerita Filem Avengers: Endgame Bocor

10/03/2019
0

BELUM sempat ditayangkan kepada umum, sudah ada individu yang membocorkan jalan cerita filem Avengers: Endgame. Perkara itu berlaku menerusi laman...

Misteri Dilaila Ciplak Hollywood, Beri Syafiq Ruang

05/03/2019
0

PENERBIT filem Misteri Dilaila, Datuk Yusof Haslam memohon agar khalayak memberi ruang kepada anaknya, pengarah Syafiq Yusof berhubung dakwaan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd