• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasiliti SUKMA 2020 Siap Sepenuhnya Jun 2019

oleh
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kesemua fasiliti Sukan Malaysia (SUKMA 2020) yang berada dalam fasa pembinaan dan baik pulih, dijangka siap sepenuhnya pada Jun tahun depan sebelum bermulanya temasya itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata persiapan temasya itu telah dilakukan sejak dua tahun lepas setelah Johor dipilih sebagai tuan rumah untuk kali kedua selepas 1992.

Beliau berkata fasiliti terlibat turut merangkumi Stadium Tertutup Arena Larkin, Stadium Olahraga di Mount Austin dan Stadium Akuatik, Larkin.

“Saya telah memaklumkan kepada pihak kontraktor bahawa kita akan sentiasa lakukan lawatan tapak bagi memastikan persiapan ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.

“Kita akan pastikan kesemua venue bersedia dan jangkaan kita sebelum bulan enam tahun hadapan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Logo Sport Johor, di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Sports Johor Sdn Bhd On Jabbar.

Dalam pada itu, Mohd Khuzzan berkata selaras dengan hasrat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub eSports Asia, kerajaan negeri turut bercadang untuk memperkenalkan permainan video alam maya di negeri ini.

“Bagaimanapun, butiran lanjut mengenainya masih lagi pada peringkat perbincangan, namun beberapa pasar raya telah dikenal pasti untuk dijadikan venue eSports, setakat ini,” katanya.

Sementara itu, On berkata pelancaran logo itu memberi gambaran terhadap masa hadapan Johor dengan pelaksanaan penganjuran sukan yang lebih strategik dan dinamik serta dilengkapi pembangunan pendidikan dan latihan sukan yang efektif. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak

‘Lagi Pandai, Lagi Kuat Menipu’ – PMX Anwar Tekankan Kepentingan Akhlak

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan memupuk nilai adab dan akhlak dalam kalangan anak-anak di...

Larangan Menyebelahi Pemerintah Yang Jahat – Ustaz Azhar Idrus

Larangan Menyebelahi Pemerintah Yang Jahat – Ustaz Azhar Idrus

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengingatkan umat Islam supaya tidak menyokong kezaliman atau membenarkan pembohongan pemerintah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd